Perdana Menteri tiba di Jakarta untuk hadiri pelantikan Presiden Indonesia

Diterbitkan: Selasa, 20 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di sini malam semalam untuk lawatan kerja dua hari dengan agenda utamanya menghadiri istiadat pelantikan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono untuk penggal kedua di Gedung Parlimen Indonesia di sini, pagi ini.

Najib yang diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor disambut di Lapangan Terbang Halim Perdanakusuma di sini oleh Menteri Luar Datuk Anifah Aman dan Kuasa Usaha Sementara Malaysia di Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia Amran Mohamed Zain, pegawai-pegawai kanan kedutaan dan para pegawai tinggi Indonesia.

Hari ini Perdana Menteri dan isteri akan menjadi tetamu pemerintah Indonesia menyaksikan istiadat pelantikan Presiden Susilo dan Naib Presiden Boediono.

Selepas itu, beliau akan menghadiri majlis resepsi di Istana Merdeka di sini dengan diiringi Anifah dan isteri masingmasing dengan Najib dijadualkan menyampaikan ucapan tahniah atas pelantikan Presiden Susilo.

Pada kira-kira 3 petang pula, Perdana Menteri dijadual mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawatannya dari Australia, Kevin Rudd.

Selepas itu Najib akan mengadakan sidang media diikuti temubual dengan sebuah stesen televisyen tempatan di hotel penginapannya.

Beliau dijadual pulang ke tanah air malam hari ini. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan