Kepimpinan tertinggi MCA diharap bertemu dan cari penyelesaian - Berita Semasa | mStar

Kepimpinan tertinggi MCA diharap bertemu dan cari penyelesaian

Diterbitkan: Selasa, 20 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Setiausaha agung MCA Datuk Wong Foon Meng berharap presiden parti Datuk Seri Ong Tee Keat dan timbalannya Datuk Seri Liow Tiong Lai akan bertemu dan mencari jalan untuk menangani krisis kepimpinan dalam masa beberapa hari akan datang.

"Kita cuba atur satu pertemuan secepat mungkin. Keutamaan saya sekarang, saya ingin atur untuk satu pertemuan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Wong yang juga Yang Dipertua Dewan Negara berkata pertemuan itu tidak termasuk perbincangan mengenai penggantungan timbalan presiden Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

"Pada peringkat ini, pertemuan itu hanya antara presiden dan timbalan presiden. Biarlah presiden dan timbalan presiden pertama berbincang dan biarlah kita mencari formula.

"Kedua-dua pihak telah menghubungi satu sama lain dan ia sangat mesra, kita harap kita akan mencari satu penyelesaian...harap dapat selesaikan dalam masa beberapa hari," kata beliau.

Ong, dengan satu resolusi tidak percaya terhadap kepimpinannya pada mesyuarat agung luar biasa (EGM) pada 10 Okt lepas, telah membayangkan bahawa beliau telah dikhianati oleh kawan-kawannya selepas mesyuarat jawatankuasa pusat parti Khamis lepas, tetapi enggan menyatakan.

EGM itu juga meluluskan satu resolusi untuk menerima semula Dr Chua sebagai anggota parti tetapi tidak meluluskan resolusi untuk mengembalikan jawatan beliau sebagai timbalan presiden.

Jawatankuasa pusat parti kemudian, memilih Liow sebagai timbalan presiden pada Khamis lepas. BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan