Hasrat Ibrahim Ali sertai Umno akan dikaji - Muhyiddin

Diterbitkan: Selasa, 20 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Umno akan meneliti kewajaran sama ada untuk menerima anggota Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali atau menolak sekiranya beliau membuat permohonan untuk kembali ke pangkuan parti.

"Semua orang sekarang berminat untuk masuk Umno sama ada yang sudah keluar hendak masuk balik atau yang baru hendak masuk, jika ada hasrat begitu kita tidak akan sekat.

"Tetapi apapun ia akan dibawa pada Majlis Tertinggi (MT), pihak pengurusan akan meneliti apakah wajar atau tidak tidak (menerima Ibrahim), apakah ini dibuat atas dasar kesungguhan dan keikhlasan berdasarkan rekod lalu, cara dia (Ibrahim), itu kita nilai kerana Ibrahim Ali ini semua orang kenal, cara politiknya pun agak 'istimewa'," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Muhyiddin, yang juga Timbalan Presiden Umno, menegaskan parti itu tidak akan mengambil keputusan secara tergopohgopoh dan hanya akan membuat keputusan selepas kajian secara mendalam.

Beliau berkata setakat ini Umno belum menerima sebarang permohonan daripada Ibrahim untuk kembali ke pangkuan parti itu.

Ditanya sama ada 'keistimewaan' politik Ibrahim boleh digunakan untuk membantu memperkukuhkan kedudukan Umno di Kelantan sekiranya beliau kembali menyertai parti, Muhyiddin berkata perkara itu akan dikaji.

"Kata orang ada pro dan kontra. Saya fikir kita akan bersikap terbuka dalam soal ini kerana mungkin beliau telah insaf, sedar bahawa satusatunya (parti) yang berkesan untuk memperjuangkan nasib bangsa agama dan negara ialah Umno dan dia agak rasa terasing, itu pandangan saya lah.

"Bagi parti, bila ada pihak yang berminat kita akan tengok kes atas merit permohonan yang berkenaan dan bukan atas dasar umum," tegas beliau.

Ibrahim, yang kini merupakan anggota Parlimen Bebas, menyertai Umno pada 1982 tetapi digugurkan daripada parti pada 1988 apabila Umno lama dibubarkan.

Beliau kemudiannya menyertai Semangat 46 pada 1989 dan mewakili parti berkenaan pada pilihan raya umum 1990 di mana beliau mempertahankan kerusi Parlimen Pasir Mas. Ibrahim kemudiannya meletakkan jawatan di dalam Semangat 46 dan semua jawatan parti pada 1991 dan menyertai semula Umno pada 1991 sebelum dibuang keahlian daripada parti itu selepas bertanding atas tiket Bebas pada pilihan raya umum 2004. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan