27 syarikat kerajaan catat keuntungan sebelum cukai RM78 bilion pada 2007

Diterbitkan: Selasa, 20 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang berkata, analisis Audit mendapati 27 syarikat yang mana kerajaan memegang ikuiti melebihi 50% telah memperolehi keuntungan sebelum cukai berjumlah RM78 bilion pada tahun 2007 manakala 21 syarikat yang lain mengalami kerugian berjumlah RM0.87 bilion.

Bagaimanapun katanya, daripada 27 syarikat tersebut, hanya 14 syarikat yang membayar dividen kepada Kerajaan berjumlah RM72.21 bilion.

Beliau melaporkan, sebanyak 30 syarikat Kerajaan telah membayar cukai berjumlah RM24.37 bilion kepada Kerajaan.

Analisis beliau ini terkandung di dalam Laporan Ketua Audit Negara bagi tahun 2008 yang dikeluarkan di Parlimen semalam.

Seperti mana pada tahun-tahun yang lalu, pengauditan terhadap syarikat yang mana Kerajaan memegang lebih daripada 50% ekuitinya telah juga dijalankan untuk menilai sama ada syarikat berkenaan telah melaksanakan aktivitinya dengan cekap dan berhemat serta selaras dengan objektif penubuhannya.

Laporan ini mengandungi hasil analisis terhadap prestasi kewangan bagi 48 syarikat Kerajaan berdasarkan penyata kewangan syarikat berkenaan bagi tahun 2007 dan juga perkara yang diperhatikan daripada pengauditan terhadap pengurusan aktiviti 6 Syarikat Kerajaan.

Kata Ambrin lagi, laporan beliau mengenai pelaksanaan aktiviti Kerajaan Persekutuan dan pengurusan Syarikat Kerajaan Tahun 2008 mengandungi 3 bahagian seperti berikut :- Bahagian I : Pelaksanaan Aktiviti Kementerian/Jabatan Persekutuan; Bahagian II : Pengurusan Syarikat Kerajaan; Bahagian III : Tindakan Susulan Yang Sedang/Belum Diambil Oleh Kementerian/Jabatan/Syarikat Kerajaan Terhadap Perkara Yang Dibangkitkan Dalam Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2006 Dan 2007.

“Pengauditan terhadap pengurusan aktiviti syarikat pula mendapati secara umumnya, syarikat-syarikat yang dimiliki oleh kerajaan telah merancang aktiviti mereka dengan baik. Bagaimanapun dari segi pelaksanaannya, terdapat beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki khususnya berhubung dengan kawalan dalaman terhadap pengurusan kewangan.

“Bagi membantu Kementerian/Jabatan/Syarikat Kerajaan memperbetulkan kelemahan-kelemahan yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara bagi tahun 2007, sejumlah 360 syor telah dikemukakan untuk tujuan tersebut. Pemeriksaan susulan yang telah dijalankan setakat 1 April 2009 mendapati 338 (93.9%) daripada syor yang dikemukakan itu telah diambil tindakan oleh Kementerian/Jabatan/Syarikat Kerajaan berkenaan,” katanya.

Pemeriksaan susulan yang dijalankan terhadap perkara yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara bagi tahun 2006 pula mendapati sebanyak 201 (93.9%) daripada 214 syor telah diambil tindakan. Manakala 13 syor bagi tahun 2006 dan 22 syor bagi tahun 2007 sama ada sedang/belum diambil tindakan oleh pihak yang terlibat.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan