Sambutan Hari Malaysia memperkukuhkan lagi konsep 1Malaysia - Rais

Diterbitkan: Isnin, 19 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengisytiharan sambutan Hari Malaysia yang diraikan pada 16 Sept setiap tahun sebagai cuti awam mulai tahun depan dilihat dapat memperkukuhkan lagi konsep 1Malaysia dan gagasannya.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata dengan adanya sambutan yang diraikan di seluruh negara itu bererti Malaysia lebih integral dengan perjuangan kebangsaan dan pengiktirafan hari cuti itu menyatukan antara Sabah, Sarawak dan persekutuan.

"Dengan pengumuman itu satu lagi segmen pencantuman wilayah dalam erti kata perjuangan bersama direalisasikan oleh semua pihak.

"Ia direalisasikan dalam bentuk kepercayaan kepada satunya kita dalam Malaysia. Ini boleh kita anggap sesuatu perjuangan nasional yang mantap," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program "Rentas Kampus RTM" di Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini hari ini.

Rais berkata sambutan Hari Malaysia bukan sahaja selaras dengan konsep 1Malaysia malah ia memberi cantuman yang lebih hebat dan memberi pengertian sebenar daripada segi amali khususnya di Sabah dan Sarawak. Ditanya apakah bentuk sambutan yang akan diadakan sempena Hari Malaysia, Rais berkata kementerian akan memikirkan bagaimana sambutan itu berbeza dengan sambutan Hari Kemerdekaan.

"Tahun depan kita akan terjemahkan tetapi ia akan lebih melibatkan pelbagai aspek budaya, citarasa dan aspirasi kebangsaan," katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada persidangan Dewan Rakyat hari ini mengumumkan sambutan Hari Malaysia yang diraikan 16 Sept setiap tahun sebagai cuti awam untuk seluruh negara mulai tahun depan.

Najib berkata pembentukan Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat merupakan satu titik sejarah yang amat penting.

Hari Malaysia diraikan pada 16 Sept setiap tahun untuk memperingati penubuhan Persekutuan Malaysia di mana Sabah dan Sarawak menyertai Malaysia pada 1963. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan