Pasukan perubatan Tabung Haji sedia hadapi H1N1

Diterbitkan: Isnin, 19 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MADINAH: Pasukan Petugas Perubatan Tabung Haji dilengkapi dengan tenaga pakar serta peralatan yang cukup bagi menghadapi sebarang kemungkinan penularan wabak Influenza A(H1N1) di kalangan 26,000 jemaah haji Malaysia pada musim haji tahun ini.

Pengarah Operasi Kesihatan Tabung Haji di Madinah Dr Wan Mansor Wan Hamzah berkata secara umumnya semua petugas Tabung Haji serta jemaah haji telah diberikan suntikan vaksin "Meningococcal Quadrivalent" iaitu suntikan bagi pencegahan radang paru-paru yang merupakan suntikan wajib yang ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi.

Selain itu, suntikan tambahan bagi mencegah penyakit selesema bermusim juga diberikan kepada semua petugas dan jemaah haji Malaysia sebagai menggantikan suntikan vaksin mencegah selesema H1N1, katanya kepada pasukan media Malaysia di sini yang membuat liputan sepanjang musim haji tahun ini.

"Oleh kerana vaksin mencegah selesema H1N1 masih belum didapati, kerajaan Arab Saudi telah bersetuju agar jemaah haji Malaysia mendapatkan suntikan selesema bermusim sebagai ganti," katanya.

Beliau berkata sungguhpun kedua-dua suntikan itu telah diberikan, namun jemaah haji Malaysia hendaklah sentiasa berwaspada sewaktu melakukan amalan haji kerana pada waktu itu mereka akan bercampur dengan jemaah haji dari seluruh dunia terutama ketika mengerjakan tawaf dan saei.

Bagaimanapun, katanya kes penularan selesema H1N1 di Arab Saudi masih terkawal dan tidak membimbangkan.

Mengenai tahap persediaan, Dr Wan Mansor berkata seramai 36 orang petugas perubatan di Madinah telah membuat persediaan terakhir dari segi peralatan, katil serta ubatubatan yang akan digunakan bagi merawat jemaah haji yang akan mula sampai di sini menerusi penerbangan pertama esok.

Beliau berkata bagi jemaah haji yang sakit, rawatan awal akan diberikan oleh petugas di hotel tempat jemaah haji berkenaan menginap dan sekiranya rawatan lanjut diperlukan, mereka akan dihantar ke klinik rawatan di bangunan Tabung Haji di Madinah.

Dr Wan Mansor juga mengingatkan bakal haji Malaysia supaya mengutamakan kesihatan sejak dan sebelum berlepas ke tanah suci lagi.

Katanya ini penting kerana cuaca di Arab Saudi terutama di Mekah dan Madinah adalah panas sehingga mencapai suhu 38 darjah celcius.

Oleh itu, katanya jemaah haji perlu berhatihati ketika menjalankan ibadah sepanjang berada di tanah suci dan jangan terlalu memaksa diri sehingga akhirnya menjejaskan kesihatan sendiri. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan