IPTS akan temuduga pelajar Malaysia dari Universiti Andalas, Isnin

Diterbitkan: Isnin, 19 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Para pelajar perubatan Malaysia dari Universiti Andalas (Unand) Padang, Sumatera Barat yang terjejas teruk akibat gempa bumi beberapa minggu lalu akan berhimpun di Universiti Putra Malaysia (UPM) pagi Isnin ini untuk mendengar taklimat khas mengenai masa depan mereka.

Sebahagian besar daripada mereka juga akan menjalani sesi temuduga dengan Institusi-institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) Malaysia bertempat di Dewan Fakulti Perubatan UPM pada jam 10.45 pagi untuk proses penempatan semula mereka di sini.

Setiausaha Akhbar Kementerian Pengajian Tinggi, Mohd Izani memberitahu, seramai 276 pelajar Malaysia di Unand dijangka hadir pada sesi taklimat dan temuduga hari ini.

Pelajar-pelajar yang akan ditemuduga untuk penempatan semula di IPTS Malaysia adalah terdiri daripada pelajar-pelajar tahun satu, dua dan tiga.

Kabinet Rabu lalu telah membuat keputusan untuk menasihati pelajar-pelajar tahun satu, dua dan tiga pengajian perubatan di Unand supaya meneruskan pengajian mereka di IPTS tempatan. Manakala pelajar-pelajar tahun empat dan lima dan mereka yang sedang menjalani latihan klinikal pula dinasihati supaya menamatkan pengajian mereka di Unand.

Keseluruhannya terdapat 313 pelajar perubatan Malaysia di Unand. Daripada jumlah itu, 16 penuntut sedang mengikuti kursus asasi, tahun pertama (45), tahun kedua (44), tahun ketiga (65), tahun keempat (53), tahun kelima (55) dan klinikal (35).

Sesi temuduga Isnin diadakan dengan kelolaan Jabatan Pengajian Tinggi Malaysia (JPT) dengan kerjasama IPTS.

Di antara IPTS yang bersetuju untuk menerima pelajar-pelajar Malaysia di Unand ialah International Medical University (IMU), Allianze College of Medical Sciences, University College Sedaya International (USCI), UniKL-Perak Royal College of Medicine, Kolej Universiti Mahsa, Management and Science University (MSU), Melaka Manipal Medical College dan Asian Institute of Medicine, Science and Technology (AIMST).

Rabu lalu, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pasukan kementerian yang dihantar ke Unand untuk memantau situasi di situ telah mengemukakan laporan penilaian teknikal dan pembelajaran fizikal kepada pihak kementerian.

Katanya, laporan tersebut mengenalpastikan Unand tidak kondusif untuk para penuntut menyambung semula pengajian mereka kecuali bagi pelajar tahun akhir dan mereka yang sedang menjalani latihan klinikal.

"Oleh itu, kita galakkan penuntut tahun pertama hingga tahun ketiga yang banyak menghabiskan masa dalam kuliah agar menyambung kursus mereka di IPTS. Para penuntut tahun keempat, kelima dan klinikal pula diminta supaya menghabiskan pengajian mereka di Unand kerana mereka lebih banyak menghabiskan masa di hospital berbanding mengikuti kuliah.

"Juga rata-ratanya, para penuntut tahun keempat, kelima dan klinikal telah membayar kira-kira 95 peratus yuran pengajian mereka," jelas Mohamed Khaled.

Tambah beliau, sekiranya para penuntut berkenaan tidak ingin menyambung pelajaran di situ, yuran tidak dapat dikembalikan dan tiada pampasan akan diberikan.

Dalam pada itu, di samping membantu para penuntut Malaysia ini menyambung semula pengajian mereka di dalam negara, JPT juga bersedia membantu pelajar membuat permohonan untuk mendapatkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Bagaimanapun, pinjaman PTPTN itu adalah maksimum sehingga RM150,000 bagi setiap penuntut.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan