Buang bayi sikap kaum Jahiliyyah - Nik Aziz

Diterbitkan: Isnin, 19 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan perbuatan mereka yang membuang bayi adalah sama dengan sikap kaum Jahiliyyah di Mekah iaitu kaum yang terkenal dengan keruntuhan akhlak dan moralnya.

Mursyidul Am PAS itu berkata beliau bimbang dengan sikap golongan itu yang menjadi penyakit kepada masalah sosial di negeri itu.

"Golongan ini mereka menolak agama, mereka suka kepada dunia dan wang tanpa memikirkan agama. Mereka sanggup terlibat dalam zina, dadah dan jenayah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis sambutan Aidilfitri di sini semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kes pembuangan dua bayi dalam tempoh kurang seminggu dengan penemuan bayi pertama di Masjid AlSultan Yahya Petra diikuti kes kedua di Masjid Telipot, di sini kelmarin.

Ketika ditemui kira-kira pukul 8 pagi, bayi lelaki yang sihat dan masih bertali pusat itu dipercayai baru tiga jam dilahirkan dan hanya dibalut dengan sehelai kain tudung.

Nik Abdul Aziz berkata kerajaan negeri perlu menggiatkan lagi aktiviti kerohanian seperti dakwah untuk meningkatkan lagi kesedaran dan nilai moral masyarakat.

"Kita akan lakukan dakwah termasuk khutbah dan ceramah. Apa yang penting adalah kesedaran masyarakat di dalam hati mereka terhadap Islam bukannya polis.

"Orang lihat perkara ini tanggungjawab polis, itu salah. Sebenarnya tanggungjawab individu itu untuk menjaga moral mereka dengan Islam," katanya.

Ketika diminta mengulas mengenai hasrat Anggota Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali yang menyatakan hasrat untuk kembali kepada Umno berikutan berlakunya perubahan dalam kepimpinan parti itu, Nik Abdul Aziz berkata ianya terserah kepada Ibrahim sama ada untuk menyertai Umno atau tidak.

"Apa yang dia perlu buat adalah letak jawatan, sebagai anggota Parlimen Pasir Mas," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan