BN punya formula terbaik kerana perjuangannya untuk semua kaum- Khairy

Diterbitkan: Isnin, 19 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

REMBAU: Barisan Nasional (BN) mempunyai formula yang terbaik dengan gabungan 14 parti komponen itu sendiri yang terdiri daripada berbilang kaum.

Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata ini sebenarnya formula yang terbaik kerana melalui gabungan berbilang kaum itu, ia secara tidak langsung dapat memupuk perasaan muhibah dan perpaduan di kalangan masyarakat majmuk di negara ini.

"Tak payah kita buat apa yang Pas nak buat pada hari ini kerana kita (BN) sentiasa mendapat sokongan daripada pengundi yang berbilang kaum," katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Aidilfitri beliau di balairaya Kampung Gadong, Kota dekat sini, semalam.

"Contoh terdekat ialah pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang baru-baru ini di mana kita melihat bahawa BN mendapat sokongan bukan hanya daripada pengundi Melayu, malah pengundi Cina dan India.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Naib Presiden Pas Salahuddin Ayub bahawa Pas bersedia menerima Kelab Penyokong sebagai sayap parti itu berikutan sokongan daripada pelbagai kaum terutama Cina dan India terhadap parti itu.

Khairy yang juga Anggota Parlimen Rembau berkata yang penting di sini ialah perjuangan BN adalah untuk semua kaum.

Katanya cadangan Pas untuk menarik sokongan bukan Islam terhadap parti itu telah lama didengar tetapi sehingga hari ini tidak menjadi kenyataan.

"Jadi, kita tunggu dan lihatlah, sama ada betul atau pun tidak Pas akan mengambil langkah menjadikan Kelab Penyokong Pas sebagai salah satu sayap parti itu. Yang pentingnya di sini bukan penubuhan satu sayap untuk mereka yang bukan Islam tapi sama ada Pas dapat betul-betul menjaga kepentingan semua kaum," katanya.

Mengenai usaha Pemuda Umno untuk menarik generasi muda menyertai Umno, beliau berkata usaha ini semakin meningkat dan sebagai contoh pada pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang menyaksikan pengundi muda banyak memihak kepada BN.

"Kita ada banyak lagi program yang berterusan untuk mendekati lagi orang muda," katanya.

Katanya beliau telah memberi jaminan kepada Presiden dan Timbalan Presiden Umno bahawa Pemuda Umno akan bergerak untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13.

"Jadi, kita akan kurangkan program yang tidak membawa pulangan atau pun dividen politik kepada parti. Kita akan banyakkan lagi program berkesan yang dapat 'menyentuh' kepada pengundi," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan