Semangat 1Malaysia diterjemahkan menerusi rumah terbuka Deepavali

Diterbitkan: Ahad, 18 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Semangat 1Malaysia diterjemahkan pemimpin dan rakyat negara ini menerusi amalan kunjungmengunjung ke rumahrumah terbuka bgai memeriahkan lagi sambutan Deepavali hari ini.

Sambutan perayaan penganut Hindu itu dilihat amat meriah pada Rumah Terbuka MIC di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, yang turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Norainee Abdul Rahman serta menterimenteri Kabinet lain.

Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu dilihat menyambut ketibaan kira-kira 5,000 warga kota pelbagai kaum ke majlis Rumah Terbuka Deepavali parti itu.

Turut hadir para pemimpin parti politik termasuk Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai, Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin serta pemimpin parti pembangkang.

Samy Vellu ketika ditemui pemberita berkata semangat perpaduan yang ditunjukkan masyarakat pelbagai kaum di negara ini menampakkan matlamat gagasan 1Malaysia, yang diilhamkan Najib, semakin menunjukkan hasil positif.

Di MELAKA, beberapa pemimpin MIC turut mengadakan rumah terbuka untuk meraikan jiran dan sahabat handai.

Pengerusi MIC Melaka Datuk R.Perumal mengadakan rumah terbuka di rumahnya di Selandar, Jasin, Timbalan Pengerusi MIC negeri S.Mahadevan di rumahnya di Paya Rumput di sini dan Ketua MIC Alor Gajah Datuk R.Ragavan di Taman Maju, Jasin.

Turut mengunjungi rumah terbuka Perumal ialah Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob, Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Othman Muhamad.

"Perayaan Deepavali pada tahun ini disambut secara sederhana tetapi meriah oleh penganut agama Hindu di sini," kata Mahadevan.

Beliau berkata mereka memulakan sambutan Deepavali dengan mengadakan upacara "mandi minyak" pada awal pagi sebagai lambang menyucikan diri sebelum mengunjungi kuil untuk bersembahyang.

Bagi mereka yang masih mempunyai ibu bapa, amalan menziarahi kedua orang tua selepas bersembahyang untuk mendapatkan restu amat digalakkan, katanya.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan