Petugas Tabung Haji siap sedia sambut ketibaan 26,000 jemaah haji

Diterbitkan: Ahad, 18 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MADINAH: Segala persiapan yang diatur oleh Tabung Haji bagi menyambut ketibaan kira-kira 26,000 jemaah haji dari Malaysia yang akan mengerjakan rukun Islam kelima itu bagi tahun 1403 Hijrah ini, berjalan dengan lancar.

Ketua Pegawai Operasi Tabung Haji Datuk Kamaruddin Ali berkata keperluan-keperluan seperti tempat penginapan para petugas perubatan dan kebajikan serta pegawai agama, sudah siap sedia menunggu ketibaan pertama jemaah haji Malaysia seramai 450 orang yang di jangka tiba di terminal Haji di sini Selasa ini.

"Segala persiapan terakhir sedang giat dilaksanakan oleh 132 petugas perubatan dan kebajikan yang tiba di Madinah sejak empat hari lepas bagi memenuhi keperluan para jemaah haji termasuk dari segi rawatan perubatan, pengeluaran wang dan sebagainya," kata beliau kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan sepanjang musim haji tahun ini.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Rombongan Haji berkata buat masa sekarang persiapan ditumpukan di Madinah kerana jemaah haji Malaysia akan berada di Madinah selama lapan hari sebelum mereka bertolak ke kota suci Mekah untuk menunaikan umrah dan seterusnya ibadah haji.

Ditanya mengenai jumlah sebenar petugas haji yang akan ditempatkan di Madinah dan Mekah tahun ini, beliau berkata jumlah sebenar masih belum dapat dipastikan kerana ini bergantung kepada keperluan.

"Jumlah petugas akan ditambah apabila jumlah jemaah haji yang tiba di tanah suci semakin bertambah," katanya.

Bagaimanapun beliau tidak menjangka sebarang masalah kerana para petugas di bahagikan mengikut dua zon berdasarkan hotel penginapan jemaah haji di Madinah dan para petugas bersedia melayani sebarang masalah yang dihadapi oleh para jemaah sepanjang berada di kota suci ini.

"Apa yang penting ialah para jemaah haji hendaklah membuat persediaan yang perlu dari segi mental dan fizikal dalam menjalani ibadah haji agar mereka dapat melaksanakannya dengan sempurna memandangkan cuaca di Arab Saudi sekarang terutamanya di Makkah agak panas," katanya.

Justeru beliau berharap para jemah haji apabila tiba di Madinah dan Mekah nanti, supaya melakukan ibadah mengikut keupayaan diri masing-masing dan jangan terlalu memaksa diri sehingga akhirnya menjejaskan kesihatan.

Katanya Tabung Haji menempatkan pegawai agama di setiap zon penginapan bagi menasihati jemaah haji tentang cara melakukan ibadah mengikut kemampuan diri masing-masing.

Terdahulu dalam satu majlis taklimat, Kamaruddin menasihati para petugas haji di Madinah supaya menjalankan tugas dengan penuh rasa tanggungjawab dan menganggap tanggungjawab ini sebagai fardhu kifayah.

Beliau berkata para petugas seharusnya merasa bangga kerana mereka adalah antara yang terpilih untuk melakukan ibadah disamping menjalankan tugas bagi memastikan para jemaah haji dapat melaksanakan ibadah dengan sempurna. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan