PAS tidak bimbang dengan perubahan Umno

Diterbitkan: Ahad, 18 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: PAS tidak bimbang dengan kesungguhan Umno untuk menawan semula negeri-negeri yang ditadbir oleh pakatan pembangkang kerana menganggap amalan sistem demokrasi membenarkan perkara seumpama itu berlaku.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata bagaimanapun usaha untuk menawan semula negeri-negeri berkenaan haruslah mengikut lunas demokrasi juga iaitu menerusi pilihan raya.

"Kita langsung tidak bimbang dengan ikrar Umno pada perhimpunan parti itu baru-baru ini kerana ia merupakan perkara biasa dalam amalam demokrasi tetapi Umno harus melakukannya dalam pilihan raya umum akan datang dan bukannya seperti mana yang berlaku di Perak," kata beliau kepada pemberita di sini Jumaat.

Katanya, PAS tidak menganggap mereka tergugat walaupun pemimpin Umno kini semakin serius melakukan perubahan termasuk membuat pindaan beberapa fasal perlembagaan parti.

Presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dalam ucapan dasar perhimpunan agung parti itu berkata, Umno harus berubah untuk membolehkan parti itu mendapat sokongan rakyat dan menawan semula negeri-negeri yang ditadbir oleh pembangkang. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan