PAS cadang jadikan kelab penyokong bukan Islam sebagai sayap parti

Diterbitkan: Ahad, 18 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: PAS bercadang menjadikan kelab penyokong PAS yang disertai oleh orang bukan Islam sebagai salah satu sayap parti untuk memantapkan lagi parti itu.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata sokongan dari kalangan bukan Islam terhadap parti itu dilihat semakin meningkat dan ia dibuktikan dengan kesungguhan mereka dalam membantu jentera parti dalam menghadapi beberapa pilihan raya kecil sebelum ini.

"Kita telah berjaya memecahkan tembok yang memisahkan kita dengan orang bukan Islam, kita bukan sahaja telah sampai satu tahap mengadakan kerjasama dengan parti bukan Islam, tetapi juga individu bukan Islam," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Ijtimak Kepimpinan Pas negeri Terengganu ke-13 di Markaz Tarbiyah PAS, Kubang Lembik, Manir dekat sini hari ini.

Majlis turut dihadiri oleh Pesuruhjaya Pas Terengganu, Datuk Harun Taib dan Setiausaha PAS Pusat, Datuk Mustafa Ali. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan