Kembalikan caruman KWSP kepada 11 peratus - MTUC

Diterbitkan: Ahad, 18 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) pada Ahad meminta kerajaan membenarkan 2.2 juta pekerja yang memilih potongan lapan peratus bagi caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk kembali kepada 11 peratus berkuatkuasa serta merta.

Sambil merujuk kepada keadaan ekonomi yang semakin pulih, Naib Presiden MTUC, A.Balasubramaniam memberitahu Bernama bahawa caruman KWSP merupakan simpanan untuk hari tua bagi pekerja sektor swasta dan adalah penting peratusan simpanan itu dikekalkan.

Berikutankrsisi ekonomi, pada November lepas, kerajaan telah membenarkan para pekerja untuk memilih sama ada kekal dengan caruman 11 peratus atau mengurangkannya sebanyak tiga peratus kepada lapan peratus untuk tempoh dua tahun mulai 1 Jan tahun ini.

Menurut KWSP, sejumlah 2.2 juta atau 40 peratus daripada pekerja telah memilih untuk mengurangkannya kepada lapan peratus.

Balasubramaniam berkata MTUC kini prihatin dengan 2.2 juta pekerja kerana "mereka kini kerugian dalam bentuk dividen dan bayaran akhir apabila mereka mencapai umur persaraan."

Katanya walaupun pilihannya adalah dua tahun, kerajaan perlu membenarkan mereka untuk kembali kepada caruman yang asal sekarang. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan