Buat penilaian sebelum terima semula Ibrahim Ali

Diterbitkan: Ahad, 18 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA KRAI: Pergerakan Pemuda Umno Kelantan meminta Majlis Tertinggi (MT) parti itu membuat penilaian terperinci sebelum menerima semula kemasukan bekas Ketua Umno bahagian Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali bagi mengelak "pisang berbuah dua kali".

Setiausaha Pemuda Negeri, Bazlan Baharuddin berkata apa yang dialami oleh parti sebelum ini cukup menyedarkan apabila Anggota Parlimen Pasir Mas itu sanggup menentang calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil 2005.

"Dia sanggup tentang BN, kerana tidak terpilih (dicalonkan), pilihan raya kecil lepas sekali lagi dia tentang calon BN menggunakan lambang Pas," katanya ketika diminta mengulas kenyataan pihak tertentu yang mencadangkan Ibrahim diterima semula masuk sebagai ahli Umno.

Bazlan berkata, Ibrahim kini diawang-awang ekoran kedudukannya dipertikaikan oleh Pas kerana sering memberi reaksi negatif kepada parti itu.

Sehubungan itu beliau meminta cadangan itu diabaikan dulu sebaliknya mengajak semua pihak memberi tumpuan dalam membangunkan semula Umno.

"Saya percaya BN sudah diterima oleh masyarakat dan peluang untuk BN menang pada pilihan raya akan datang amat cerah," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan