Tidak perlu bina jambatan hubungi Langkawi dan tanah besar

Diterbitkan: Sabtu, 17 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan tidak perlu membina jambatan untuk menghubungkan Pulau Langkawi dengan tanah besar kerana ia akan menyebabkan kesesakan kenderaan di pulau itu.

Katanya jika terlalu banyak kenderaan masuk ke Langkawi akan menimbul kesesakan lalu lintas dan menjejaskan usaha menjadikan pulau itu sebagai destinasi pelancongan bertaraf antarabangsa.

"Tak perlu ada jambatan ke Langkawi kerana ia akan menyebabkan kesesakan," kata beliau kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas permintaan Ketua Umno Bahagian Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad yang menggesa agar kerajaan membina jambatan antara Pulau Langkawi dengan tanah besar melalui Kuala Perlis sebagai satu kemudahan untuk penduduk di pulau itu berulang alik ke tanah besar.

Nawawi berkata pembinaan jambatan itu adalah atas permintaan penduduk di pulau pelancongan itu kerana ia dapat menjimatkan masa dan kos pengangkutan.

Dr Mahathir berkata Langkawi akan membangun pesat sebagai sebuah destinasi pelancongan menarik kerana beberapa buah kampung seperti Kampung Perancis, Itali dan British telah diwujudkan. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan