MIC akan bubar bahagian dan cawangan tidak aktif

Diterbitkan: Sabtu, 17 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebanyak 50 bahagian dan 150 cawangan MIC di seluruh negara kini berdepan dengan tindakan pembubaran setelah didapati tidak aktif atau menghadapi masalah dalaman, kata Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu hari ini.

Beliau berkata MIC sudah menghubungi semua bahagian dan cawangan itu bagi memaklumkan tindakan yang bakal dikenakan jika tiada usaha diambil untuk memulihkan keadaan.

"Kita beri tempoh satu atau dua bulan untuk memulihkan cawangan dan bahagian masing-masing dan sekiranya mereka masih di tahap lama, kita akan bubar," katanya pada majlis Rumah Terbuka Deepavali MIC di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini.

Beliau berkata langkah itu adalah antara usaha untuk memulihkan parti itu selain meraih kembali kepercayaan masyarakat kepada MIC.

Samy Vellu berkata beliau dan Timbalannya, Datuk G. Palanivel akan mengunjungi bahagian dan cawangan berkenaan bagi melihat sama ada ia mematuhi dasar parti.

"Bila saya hendak melihat sesebuah cawangan, secara langsung, pengerusi cawangan terbabit tahu yang saya memeriksa cawangannya, semuanya ada kaitan, jadi tak boleh nak sembunyikan apaapa daripada saya," katanya.

Samy Vellu juga berkata MIC kini menunggu kebenaran untuk mendaftar 800 cawangan baru di seluruh negara dalam usaha memperkasakan kembali parti itu yang turut berdepan dengan kemelut.

"Mereka adalah dari kalangan orang yang mahu bekerja keras untuk kepentingan parti dan kita akan beri sepenuh sokongan kepada mereka," katanya.

MIC kini mempunyai 3,600 cawangan di seluruh negara.

Mengenai pindaan perlembagaan parti, Samy Vellu berkata MIC telah menghantar permohonan pindaan itu kepada Pendaftar Pertubuhan dan ia antara lain melibatkan lapan perkara termasuk keanggotaan, kelicinan pentadbiran cawangan dan laporan serta Petunjuk Prestasi Utama (KPI). BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan