MCA ucap terima kasih atas nasihat PM

Diterbitkan: Sabtu, 17 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat berkata beliau menghargai dan berterima kasih kepada Perdana Menteri atas nasihatnya bahawa MCA perlu menyelesaikan krisis yang dihadapi parti itu bukan hanya melalui kaedah yang boleh diterima secara undang-undang tetapi juga moral dan politik.

"Saya bersetuju bahawa parti tidak hanya perlu mencari penyelesaian masalah yang dihadapi sekarang melalui undang-undang, tetapi juga secara moral dan politik.

"Malah, semasa perhimpunan agung MIC pada 12 Sept barubaru ini, saya sendiri mendengar Perdana Menteri berkata dalam ucapan perasmiannya bahawa tidak ada makna untuk pemimpin menjadi popular di kalangan parti tetapi tidak boleh mendapat sokongan di luar parti.

"Slogan popular Perdana Menteri ialah 'Rakyat Didahulukan', bukan 'Parti Didahulukan'," katanya dalam blog www.ongteekeat.net hari ini.

Ong berkata beliau memutuskan untuk mengadakan satu lagi mesyuarat agung luar biasa (EGM) bagi menyelesaikan masalah yang ada kerana percaya penyelesaian yang betul untuk masalah yang dihadapi parti ialah melalui kaedah yang diterima secara moral dan politik.

"Perhimpunan agung adalah suara agung parti. Semua pemimpin utama politik dipilih melalui perhimpunan agung masing-masing. Ini bukan sesuatu yang ekslusif untuk MCA.

Ong berkata adalah salah secara moral dan tidak bertanggungjawab untuk meninggalkan parti dalam keadaan kucarkacir, terutama apabila tidak ada keputusan yang konklusif dibuat dalam EGM pada 10 Oktober lepas.

"Adalah salah juga dari segi moral untuk marampas niat asal EGM hanya untuk pihak tertentu mendapat jalan pintas meningkatkan kerjaya politik mereka.

"Parti memerlukan pemimpin yang mendapat mandat daripada perhimpunan agung untuk memenangi semula sokongan rakyat bagi menghadapi pilihan raya akan datang," katanya.

Beliau turut menekankan bahawa adalah juga tidak bermoral untuk sesetengah orang mengatakan mereka mahu melakukan sesuatu perkara, tetapi apabila tiba masanya, mereka tidak melaksanakan. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan