Status pembantu rumah perlu diklasifikasikan ikut gred

Diterbitkan: Jumaat, 16 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Wakil pergerakan Wanita Umno, Noraslina Zainal Abidin berkata isu pembantu rumah boleh diselesaikan jika kajian spesifik dilakukan.

Ketua Wanita Umno Bahagian Sembrong mewakili sayapnya berpendapat pembantu rumah perlu mempunyai kelayakan.

"Wanita mencadangkan agar pembantu rumah dijadikan satu profesion yang standard.

"Wujudkan satu badan yang mengawal selia berterusan urusan pembantu rumah ini di bawah kerajaan dari soal memilih, melatih, menempatkan dan mengklasifikasikan status pembantu rumah iaitu gred A, B dan C atau sebagainya," katanya ketika menyampaikan usul ucapan dasar Presiden dalam Perhimpunan Agung Umno 2009 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, Khamis.

Jelas mengenai cara mengklasifikasikan status pembantu rumah itu, dia memberikan contoh di mana gred A adalah pembantu rumah yang memiliki diploma atau sijil dalam profesion baru ini.

"Selain mengurus hal ehwal rumah, membasuh, mengemas, memasak dan menjaga anak.

"Pembantu rumah gred A juga mampu memberi tuisyen kepada anak-anak manakala gred B adalah pembantu rumah yang mampu melaksanakan kesemua tugasan pembantu rumah gred A tetapi tidak mampu memberi tuisyen.

"Sementara Gred C adalah pembantu rumah yang tidak sepenuh masa. Ketiga-tiga gred pembantu rumah ini pula ditetapkan gaji minimum dan kenaikan-kenaikan yang wajar dan tertentu berdasarkan aspek-aspek peningkatan tertentu," tambahnya lagi.

Selain itu, Wanita juga mencadangkan agar kerajaan mencari sumber modal subsidi baru dari industri tertentu negara.

"Kita lihat sekarang bagaimana melalui Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM), cukai khas dapat diambil dari semua syarikat pengendali telekomunikasi 6 peratus setahun yang mengumpul dana terkumpul sehingga RM4 bilion dan digunakan untuk program Merapatkan Jurang Digital kawasan bandar dengan luar bandar.

"Modus operandi yang sama juga boleh kita gunakan dari cukai industri-industri tertentu," tuturnya.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan