Shafie: Bukan jumlah yang penting tapi keikhlasan

Diterbitkan: Jumaat, 16 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Untuk berjuang dan memberi sokongan kepada Umno dalam pilihan raya kelak, Naib Presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menzahirkan bahawa bukan jumlah yang penting semata-mata, tapi yang lebih penting dalam nilai politik itu adalah keikhlasan ahli-ahli Umno.

“Teringat saya tentang satu cerita dalam satu persidangan antarabangsa. Di dalam persidangan itu, sebelum berakhir, pihak penganjur telah mengadakan satu pertandingan di mana setiap peserta dibekalkan dengan benih pokok bonsai dan para peserta perlu menanam di dalam pasu dan akan dibawa ke persidangan akan datang dalam tempoh enam bulan.

“Di antara semua peserta, hanya seorang sahaja yang membawa pasu tanpa ada tumbuhan bonsai dan setelah penganjur bertanya apa yang telah terjadi dengan benih yang telah diberikan, peserta itu menyatakan yang dia telah mencuba dengan pelbagai cara namun pokok itu tidak tumbuh.

“Selepas itu, pihak penganjur telah mengumumkan dialah pemenangnya disebabkan menggunakan benih yang diberikan tanpa disedarinya benih itu telah dimasak dan tidak akan tumbuh.

“Atas keikhlasan itulah, dia telah dinobatkan sebagai pemenang. Sesungguhnya, keikhlasan dalam perjuangan ini amat penting sekali,” kata Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah.

Selain itu, beliau selaku Pengerusi Biro Keahlian berkata jawatankuasanya akan melakukan beberapa pendekatan seperti pemutihan senarai ahli di peringkat cawangan dan bahagian dengan kerjasama Ibu Pejabat dalam masa terdekat.

Ini dibuat dengan mensasarkan antaranya bilangan ahli di kalangan generasi muda, sektor korporat, swasta, badan NGO dan lain-lain menerusi Pergerakan Pemuda dan Puteri Umno serta pendaftara ahli-ahli Umno menjadi pengundi atau pemilih dalam pilihan raya.

Jelasnya, langkah-langkah itu memerlukan kerjasama baik daripada semua pihak dan cawangan mahupun bahagian dari seluruh negara.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan