Perhimpunan Agung Umno bersambung - Berita Semasa | mStar

Perhimpunan Agung Umno bersambung

Diterbitkan: Jumaat, 16 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perhimpunan Agung Umno hari ini menyambung semula perbahasan usul Ucapan Dasar Presiden dengan menampilkan beberapa lagi wakil negeri sebagai pembahas sebelum barisan pucuk pimpinan parti menjawab hujahhujah dibangkitkan, pada sesi penggulungan sebelah petang ini.

Menyambung perbahasan pada perhimpunan agung yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pagi ini ialah wakil Perlis dan beliau akan diikuti tujuh pembahas lain iaitu dari Pulau Pinang, Selangor, Melaka, Johor, Wilayah Persekutuan, Kelantan dan Kedah.

Perhimpunan agung itu akan ditangguhkan pada tengah hari untuk solat Jumaat sebelum disambung semula sebelah petang.

Persidangan kali ini mencatatkan sejarah tersendiri apabila satu Perhimpunan Agung Khas Umno bagi meminda perlembagaan parti diadakan dalam satu perhimpunan agung yang sama.

Perhimpunan agung khas itu semalam meluluskan tujuh pindaan terhadap Perlembagaan Umno bagi menjadikan parti itu lebih telus, inklusif dan demokratik.

Pindaan itu antara lainnya meluaskan bilangan perwakilan untuk pemilihan jawatan tertinggi parti dan jawatan peringkat bahagian, selain menghapuskan sistem kuota dalam pemilihan parti.

Sejumlah 2,539 anggota perwakilan mengambil bahagian dalam perhimpunan agung parti itu kali ini. BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan