Najib gesa MCA selesai segera masalah dalaman parti

Diterbitkan: Jumaat, 16 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mahu MCA menyelesaikan masalah dalaman parti itu dengan segara bagi mengelakkan mereka kehilangan sokongan masyarakat Cina.

Bagaimanapun beliau berkata, penyelesaian terhadap masalah tersebut perlu berdasarkan kepada soal prinsip undang-undang, moral dan juga politik.

"Walau apapun mereka perlu selesaikan masalah mereka secepat mungkin. Tapi bukan hanya selesaikan masalah secara prinsip undang-undang tapi juga moral dan politik.

"Keputusan yang bakal mereka capai mesti berdasarkan faktor itu, kalau tidak MCA tak akan berjaya memenangi sokongan daripada komuniti Cina," katanya dalam sidang media selepas berakhirnya Perhimpunan Agung Umno ke-60 hari ini.

Najib yang juga pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, MCA perlu mendapatkan inspirasi daripada Umno mengenai bagaimana untuk menyelesaikan krisis.

"Mereka perlu selesaikan masalah mereka. saya harap mereka akan dapat sedikit inspirasi daripada Umno sebab Umno berjaya menyusun kembali partinya.

"Harap parti komponen lain akan ambil pengajaran daripada Umno dan beri mereka masa untuk selesaikan masalah mereka," katanya.

Semalam, JawatanKuasa Pusat (CC) MCA mengadakan mesyuarat dan mencetuskan satu lagi kejutan apabila presiden parti Datuk Seri Ong Tee Keat memutuskan untuk memanggil satu lagi mesyuarat agung luar biasa (EGM) bagi memutuskan sama ada parti itu patut mengadakan pemilihan baru.

Bagaimanapun Ong tidak meletak jawatannya walaupun menerima banyak desakan, manakala naib presiden Datuk Seri Liow Tiong Lai pula dilantik sebagai naib presiden.

Ditanya sama ada beliau akan memberikan masa akhir kepada MCA untuk menyelesaikan masalah mereka, Najib berkata: "Saya tak akan beri masa tapi saya mahu mereka selesaikan masalah itu."

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan