Ahli Umno diingat jangan hancurkan parti

Diterbitkan: Jumaat, 16 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Wakil Pergerakan Umno Melaka, Datuk Idderis Kassim mengingatkan agar ahli-ahli Umno tidak menghancurkan parti itu sebaliknya mereka perlu bekerja keras untuk menentang ‘musuh-musuh’ politiknya.

“Umno adalah parti pembela nasib bangsa Melayu terutamanya dalam bidang pendidikan, ekonomi, sosial dan komunikasi orang Melayu.

“Oleh yang demikian, orang Melayu perlu bersatu, biar putih tulang jangan putih mata, supaya agama dan tanah air ini dapat kita bela,” katanya dalam sesi perbahasan menyokong Usul Ucapan Dasar Presiden dalam Perhimpunan Agung Umno 2009 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.

Beliau turut menyeru ahli-ahli Umno agar menguatkan barisan dan bersatu untuk menempuh cabaran yang mendatang.

“Orang Melayu akan kuat bila bersatu dan jangan mudah menyerah kalah,” katanya.

Menurutnya, sejarah merupakan kayu pengukur yang terbaik untuk menilai jatuh bangunnya sesuatu kaum namun ia terletak kepada perubahan kepimpinan dan sikap sesuatu bangsa itu sendiri.

“Yakin dan percayalah bahawa Umno sentiasa hidup dan segar. Ia bukanlah sebuah parti yang lemah, yang lemah hanyalah ahli-ahlinya sahaja.

“Saya seru agar ahli Umno kuatkan semangat dan iman untuk terus berjuang habis-habisan menentang musuh kita,” katanya.

Idderis berkata, walaupun Umno telah hilang kuasa di lima buah negeri namun ahli-ahli parti perlu segera mengatur langkah untuk merampas kembali negeri yang ditawan pembangkang.

Dalam ucapannya, Idderis turut menyelar sikap sesetengah pemimpin pembangkang yang menggunakan isu agama untuk meraih sokongan rakyat terutamanya orang Islam.

“Soal syurga, neraka bukan hak kita, ia hak tuhan. Siapa mereka (pemimpin pembangkang) untuk menentukan ahli Umno masuk neraka? Kurang ajar betul mereka ini,” katanya dengan disambut tepukan gemuruh daripada perwakilan yang hadir.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan