Shahrizat tekad ‘regenerasi’ rakyat Malaysia

Diterbitkan: Khamis, 15 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ KUALA LUMPUR: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil meminta wanita Umno dan wanita Malaysia untuk mempunyai kebangkitan semula semangat memimpin dalam masyarakat dan negara bagi mengembalikan nilai-nilai yang positif.

‘Regenerasi Masyarakat Malaysia Satu Tekad Wanita’ menjadi tajuk utama yang dikupas oleh Ketua Pergerakan Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil semalam.

Dalam ucapan sulungnya itu, Shahrizat memberitahu generasi rakyat Malaysia kian berubah. Banyak kejayaan yang dicapai, banyak juga bibit-bibit yang amat membimbangkan.

Pentas dan gelanggang sosio-politik Malaysia menghadapi pelbagai perubahan, evolusi dan dugaan.

Usaha untuk memecahbelah rakyat, cubaan untuk menghapus dan menghakis hak-hak dan institusi yang termaktub dalam perlembagaan dan galakan unsur-unsur budaya negatif seperti kurang hormat kepada orang lain terutama yang tua, demonstrasi jalanan, kebiadaban di dalam Parlimen, jeritan di pentas politik dan huru-hara di tempat awam, jika tidak dibendung akan menjadi kebiasaan budaya Malaysia.

“Sesungguhnya ibu dan wanita itu adalah madrasah bagi setiap anak. Saya tengok hari ini ibu-ibu lepas tangan atau mungkin mereka tidak mempunyai kepandaian untuk mendidik dan membimbing anak-anak dan generasi muda.

“Jadi, saya ingin katakan, sebagai ibu, kita jangan takut untuk mendidik mereka dengan memupuk nilai-nilai dan semangat dalam Umno atau disebut ‘regenerasi’.

“Ini kerana jika kita lihat perjuangan dalam negara, kerajaan dan parti, kita masuk fasa ketiga, apabila bercakap tentang perubahan, paling mustahak adalah sistem nilai yang ada. Jadi, saya nampak wanitalah yang akan membawa kepada perubahan,” ujarnya dalam satu sidang media semalam.

Tambahnya, regenerasi bukan sahaja akan dilaksanakan dalam Wanita Umno tetapi untuk semua bangsa.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan