Perhimpunan khas lulus pindaan perlembagaan Umno

Diterbitkan: Khamis, 15 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perhimpunan Agung Khas Umno hari ini mengubah kaedah pemilihan bagi jawatan parti supaya terbuka dan tanpa kuota dalam usaha membanteras politik wang dan menjadikan Umno parti Melayu yang mampu menjuarai nasib seluruh rakyat.

Perhimpunan agung khas, yang bermula sejak pukul 12.20 tengah hari berakhir sejam kemudian, dengan meluluskan sebulat suara tujuh pindaan Perlembagaan parti yang dibentangkan Naib Presiden Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Hanya empat perwakilan bangun untuk membahaskan pindaan mengenai cadangan yuran keahlian seumur sebanyak RM2.

Pindaan perlembagaan itu berlaku enam bulan selepas Datuk Seri Najib Tun Razak memimpin Umno dengan azam menjadikan parti itu lebih telus, inklusif dan demokratik.

Pindaan pertama diluluskan ialah meningkatkan bilangan perwakilan yang akan memilih pucuk pimpinan tertinggi parti dan di peringkat bahagian daripada 2,500 perwakilan sekarang kepada 146,500 perwakilan.

Ini mengambil kira purata 500 perwakilan bagi setiap 191 bahagian iaitu 95,500 ditambah dengan 51,000 perwakilan, meliputi tiga ketua sayap di 17,000 cawangan di seluruh negara, kata Hishammuddin selaku Pengerusi Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan Umno.

"Langkah ini akan memberi pengiktirafan kepada suara dan peranan ketua pergerakan sayapsayap cawangan dan perwakilan di peringkat bahagian untuk terlibat dalam pemilihan pemimpin tertinggi," kata Naib Presiden Umno itu.

Pindaan kedua melibatkan penghapusan sistem kuota bagi menjadikan Umno lebih demokratik dan membuka ruang seluasluasnya kepada ahli bertanding, kata Hishammuddin.

Syarat minimum bagi pertandingan manamana jawatan MT ialah perlu mendaftarkan diri dan pernah memegang jawatan Ahli Majlis Tertinggi atau AJK Bahagian selama satu penggal.

Bagi anggota Umno yang ingin bertanding untuk AJK bahagian perlu menjadi ahli selama tiga tahun.

Pindaan ketiga mengenai pelantikan tambahan seorang lagi wakil Wanita dalam Majlis Tetinggi, Bahagian dan Cawangan bagi menambah suara wanita di dalam parti itu.

Jumlah keseluruhan bilangan AJK di peringkat MT pula ditambah daripada 12 kepada 13 orang, tujuh kepada lapan orang di peringkat bahagian dan lima kepada enam orang di peringkat cawangan.

Pindaan keempat adalah bagi penubuhan Jawatankuasa Pemilihan Umno (JPU) untuk menyelaraskan soal logistik bagi pemilihan yang akan diadakan serentak.

Pindaan kelima menghapuskan yuran tahunan dan diganti dengan yuran seumur hidup sebanyak RM2.

Pindaan keenam membenarkan ketuaketua sayap untuk menerima keahlian baru bagi mempercepatkan proses keahlian Umno terutama di kalangan golongan muda. Pindaan terakhir ialah memberikan taraf perwakilan secara automatik kepada Setiausaha Bahagian bagi menghadiri Perhimpunan Agung Tahunan dengan tujuan mengiktiraf sumbangan golongan itu yang menjadi tonggak pentadbiran parti di peringkat bahagian.

Pada sidang media kemudiannya, Hishammuddin berkata tindakannya selepas ini adalah memperincikan peraturan parti seperti soal korum yang dibangkitkan perwakilan ketika membahaskan pindaan itu.

Perubahan melibatkan peraturan parti hanya memerlukan kelulusan MT, katanya. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan