Pemuda Umno bentuk sekretariat tetap bagi hadapi pilihan raya

Diterbitkan: Khamis, 15 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sekretariat tetap bagi menghadapi pilihan raya akan dibentuk di peringkat Pergerakan Pemuda Umno dalam usaha mendekati golongan pengundi muda terutamanya di kalangan kaum Melayu agar mendaftar sebagai pemilih.

Naib Ketuanya, Datuk Razali Ibrahim berkata usaha sedemikian perlu digerakkan bagi menarik minat golongan muda terutamanya di kalangan kaum Melayu untuk memikul tanggungjawab menjadi pemilih yang akan menentukan pemimpin masa hadapan.

"Saya akan bentuk sekretariat tetap menghadapi pilihan raya sama ada kecil mahupun umum bagi peringkat Pemuda Umno.

"Ini kerana pengundi muda Melayu paling kurang minat untuk jadi pemilih, kita perlu dekati mereka namun jangan risau kalau mereka sokong parti manapun kerana hak mereka dalam sebuah negara demokratik perlu dilunaskan.

"Orang Melayu tidak kira Umno ataupun tidak mesti menjadi pengundi kerana sikap ini jelas terpancar kepada golongan yang bukan Melayu," katanya ketika berucap pada sesi penggulungan Perhimpunan Agung Pemuda di sini semalam.

Menurutnya usaha sedemikian sejajar dengan penetapan tiga petunjuk prestasi utama (KPI) yang perlu dilaksanakan oleh ketiga-tiga sayap Umno bagi mengembalikan parti itu sebagai wadah perjuangan orang Melayu dan rakyat seperti yang ditekankan oleh Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tiga petunjuk prestasi utama itu ialah menambah anggota baru, mendaftar pengundi baru dan membentuk jaringan dengan pertubuhan bukan kerajaan.

"Kita akan gerakkan usaha ini, marilah kita sama-sama mendekati mereka (golongan muda) sebagai salah satu KPI," katanya.

Jelasnya, usaha bagi menarik sokongan di kalangan pengundi muda perlu diberi tumpuan kerana golongan itu akan menentukan kemenangan bagi mana-mana parti.

"Undi yang kita dapat itulah yang paling penting... mereka mesti menjadi pemilih kerana itu adalah mereka dan hak itulah yang akan menentukan siapa yang akan menjadi pemimpin.

"Carilah jalan untuk mendekati kira-kira 11.8 juta anak muda yang akan menjadi pemilih pada pilihan raya umum akan datang kerana bukan kita sahaja yang nak kejar mereka, yang belah sana (pembangkang) pun nak juga... inilah jumlah yang akan menentukan kemenangan mana-mana parti," katanya.

Selain itu beliau turut menyeru kepada golongan muda agar mendaftar sebagai pemilih bagi membolehkan mereka melaksanakan tanggungjawab sebagai pemilih pada pilihan raya akan datang.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan