Najib: Umno parti yang juarai rakyat

Diterbitkan: Khamis, 15 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menyeru supaya pemimpin dan ahli Umno menjadikan parti itu sentiasa diyakini sebagai sebuah parti yang mendahulukan rakyat dan bukannya untuk kepentingan diri sendiri.

Presiden Umno itu berkata, untuk sentiasa memperoleh sokongan, Umno harus dilihat sebagai parti yang ampuh membela untung nasib rakyat.

"Umno tidak boleh dilihat sebagai sebuah parti yang hanya ghairah memperjuangkan kelompok yang sedikit sebaliknya kita mahu Umno dilihat, dirasai serta diyakini sepenuhnya sebagai sebuah parti inklusif yang mendahulukan rakyat dan bukannya mendahulukan diri sendiri.

"Maka persepsi Umno sebagai parti untuk cari makan mesti dibuang jauh-jauh... mesti ditinggalkan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan dasar sulungnya yang bertajuk 'Menjunjung Tradisi, Menzahir Perubahan' pada Perhimpunan Agung Umno di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, sebentar tadi.

Menurut Perdana Menteri lagi, Umno perlu menjadi sebuah parti yang mengamalkan budaya bersederhana atau yang disifatkan oleh ilmu sains politik sebagai 'centrist party'.

"Kita tidak boleh menjadi parti yang ultra kiri atau ultra kanan, malah fahaman Umno semenjak penubuhannya bukanlah condong sama ada kepada fahaman liberal mahupun fahaman konservatif.

"Umno adalah sebuah parti yang siasah, semua pihak mempunyai tempat dan peranan di bawah lembayung Umno malah semenjak penubuhannya lebih 60 tahun yang lalu, Umno telah dianggotai oleh mereka yang berfahaman kiri dan kanan, golongan nasionalis mahupan agamawan," katanya.

Selain itu Najib juga menyeru kepada ahli Umno sama ada di peringkat kempimpinan tertinggi mahupun ahli biasa supaya sentiasa bermuhasabah diri dan sedia mengambil langkah memperbaiki kelemahan dan kekurangan.

Beliau juga mengingatkan bahawa dalam negara demokrasi ini, rakyat berperanan untuk memilih pemimpin dan mereka mahukan seorang pemimpin yang sentiasa bersedia memberikan khidmat.

"Saya ingin berpesan, janganlah segan untuk turun ke bawah dan merapatkan diri dengan akar umbi sekalipun kita memegang jawatan yang tinggi.

"Rakyat akan membenci pemimpin yang memisahkan diri dari mereka, sukar didekati apatah lagi pemimpin yang sombong dan bongkak.

"Mereka yang menunjukkan keikhlasan dan merasai keseronokan menabur bakti kepada rakyat akan menjadi pemimpin yang disanjung," katanya dengan tegas sambil disambut tepukan gemuruh para perwakilan.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan