Najib ucap Selamat Menyambut Deepavali

Diterbitkan: Khamis, 15 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata perayaan Deepavali yang akan disambut Sabtu ini ketika umat Islam masih menyambut Hari Raya Aidilfitri, merupakan peluang keemasan bagi mengukuhkan hubungan antara kaum dalam erti kata semangat 1Malaysia.

Sambil mengucapkan Selamat Menyambut Deepavali kepada kepada semua kaum India beragama Hindu di negara ini, Perdana Menteri berkata sudah menjadi kelaziman bagi kaum India menyambut sahabat handai rakyat Malaysia daripada kaum lain dengan tangan terbuka di majlis rumah terbuka.

"Dengan ini memberi peluang kepada semua untuk beramah mesra antara satu sama lain di samping menikmati juadah kaum India seperti jalebi dan marukku dengan perasaan saling hormat menghormati, harmoni dan muhibah," kata beliau melalui laman blognya www.1Malaysia.com.

Najib berkata beliau amat menanti-nantikan majlis rumah terbuka Deepavali yang akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Sabtu ini, setelah mendapat sambutan yang sungguh hangat lagi mesra daripada masyarakat India Malaysia pada tahun ini.

"Ini sekali gus, mengingatkan saya tentang lawatan berjalan kaki di Brickfields, Kuala Lumpur, di mana saya gemar sekali mengingati perbualan saya dengan peniaga-peniaga di situ sambil menghirup segelas teh O ais limau yang sungguh menyegarkan.

"Paling akhir, saya amat berbesar hati menerima undangan ke kuil Hindu di Batu Caves. Di sana, saya perhatikan rakyat Malaysia daripada pelbagai latar belakang kebudayaan mengambil bahagian dalam Karnival 1Malaysia Batu Caves yang julung-julung kali diadakan.

"Saya harap lebih banyak perayaan masyarakat kita yang pelbagai ini dapat dianjurkan," kata Perdana Menteri. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan