Isu Pembantu Rumah: Jangan tolak ansur desakan Indonesia

Diterbitkan: Khamis, 15 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Pegerakan Puteri Umno, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin mahu kerajaan tidak bertolak ansur dengan desakan Indonesia yang mengemukakan pelbagai permintaan melampau berhubung isu pembantu rumah.

Rosnah menegaskan, sikap sedemikian akan menyebabkan kesan negatif terhadap majikan pembantu rumah terbabit di negara ini.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan wujud 'orang tengah' di kalangan rakyat tempatan yang mahu merosakkan negara.

"Kita minta kerajaan tidak bertolak ansur menuruti syarat-syarat (daripada Indonesia) kerana kesan negatif yang bakal menimpa majikan pembantu rumah adalah sangat jelas.

"Saya tidak menolak kemungkinan wujud tangan-tangan ghaib dan ajaib yang hebat daripada segelintir orang Malaysia yang hendak menjahanamkan negara," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar 'Menggarap 1Perjuangan, Mengukuh Puteri, Menjulang parti,' pada Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini semalam.

Pada 2 September lepas, Malaysia dan Indonesia bersetuju membenarkan pembantu rumah Indonesia diberi cuti sehari dalam seminggu dan mereka juga dibenarkan menyimpan pasport sendiri semasa berada di negara ini.

Mereka turut membuat tuntutan agar gaji bagi pembantu rumah warga Indonesia dinaikkan daripada RM400 kepada RM800. Bagaimanapun permintaan itu ditolak oleh Kementerian Sumber Manusia Malaysia.

Keputusan itu dicapai pada mesyuarat ketiga Jawatankuasa Kerja bagi Pengambilan dan Penempatan Pembantu Rumah Indonesia yang diadakan di sini pada 20 Ogos lepas.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan