Bung Mokhtar: Pertambahan kuota 30 peratus wanita di peringkat pembuat keputusan tak tinggi

Diterbitkan: Khamis, 15 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR:Permintaan Ketua Pergerakan Wanita, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil untuk menambah kuota 30 peratus wanita di peringkat pembuat keputusan dalam parti Umno mendapat reaksi pelbagai pihak termasuk dari wakil Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Bung Mokhtar Radin.

"Apabila saya mendengar hujah yang disokong dan ditokok tambah iaitu wanita meminta kuota 30 peratus, nampaknya permintaan itu tidak tinggi...kenapa tak fikir yang lebih besar atau tinggi?," ucap Bung Mokhtar Radin ketika menyampaikan ucapan penangguhan Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita Umno 2009.

Pagi semalam, dalam ucapan sulungnya, Shahrizat telah melahirkan harapan untuk menentukan perjuangan ke arah sekurang-kurangnya 30 peratus wanita di peringkat pembuat keputusan dalam parti Umno diberi perhatian.

Bung Mokhtar menambah, "Wanita perlu berfikiran besar (jauh). Kenapa tidak letak 100 peratus sahaja? Apa salahnya, yang penting ada komitmen dan kepintaran. Wanita tak semestinya lembik!"

Jelas Bung Mokhtar lagi, dia mengaku bahawa wanita memainkan peranan yang cukup besar kerana tanpa wanita Umno tidak akan berfungsi.

Dalam nada seloroh, beliau berkata, "saya kuat di bahagian saya sebab wanita di belakang saya."

Ucapan Bung Mokhtar itu bukan sahaja membuatkan Dewan Merdeka di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) gamat dengan sorakan dan sokongan para perwakilan, malah ia turut menarik perhatian Shahrizat untuk memberikan ucapan balas.

Kata Shahrizat yang turut menumpukan ucapannya selepas menyampaikan hadiah penghargaan kepada 'tiga jejaka' iaitu Bung Mokhtar dan dua lagi Ahli Majlis Tertinggi Datuk Saifuddin Abdullah dan Datuk Idris Haron.

"Tiga jejaka dari Majlis Tertinggi, bila lapor malam ini jangan lupa atau berani sampaikan hasrat hati kami. Kalau tak siaplah nanti..

"Bukan banyak Bung, 30 peratus, bukan nak jadi Bung macam ‘tikus’. Jangan gempak Bung, esok ‘make sure’ semua lulus.

"Bukan tak nak minta banyak, takut pengsan semuanya nanti. Terima kasih atas tawaran, sekurang-kurangnya 30 peratus pun Alhamdulillah..," jawab Shahrizat ibarat berbalas pantun pula dengan Bung Mokhtar.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan