Bekas ADUN Kuala Pahang meninggal dunia

Diterbitkan: Khamis, 15 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Bekas Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Kuala Pahang, Datuk Abdullah Derus meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur awal hari ini akibat sakit jantung.

Abdullah, 67, menghembuskan nafas terakhir pada 1.50 pagi, kata Zarina, anak Allahyarham.

"Bapa saya dimasukan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan pada Jumaat lepas. Allayarham mempunyai simptom sakit jantung seperti sakit rahang dan leher sebelum dibawa ke IJN pada Ahad lepas," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di sini.

Zarina berkata Allahyarham bapanya pernah menghantar mesej menerusi Khidmat Pesanan Ringkas kepada semua anaknya sebelum sambutan Aidilfitri lepas yang menyatakan dia "dah nak pergi".

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Datin Azizah Mohd Noor, 59, tujuh anak dan 11 cucu.

Allahyarham pernah menjadi Adun kawasan Kuala Pahang selama sepenggal bermula 1995.

Selain itu, Allahyarham juga adalah Pengerusi Lembaga Muzium Negeri Pahang, Pengerusi Biro Kebajikan dan Bencana Alam Umno Pekan dan Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Peladangan Lembaga Kemajuan Perusahaan Pertanian Negeri Pahang (LKPP).

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Hutan Setali, dekat sini kira-kira 10.30 pagi. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan