Wanita, Pemuda, Puteri yakin capai KPI ditetapkan

Diterbitkan: Rabu, 14 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemimpin Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno yakin tiga petunjuk prestasi utama (KPI) politik yang ditetapkan oleh Timbalan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin mampu dicapai oleh mereka dalam tempoh dua tahun akan datang.

Ketiga-tiga sayap parti itu sudah pun mempunyai perancangan masing-masing untuk melaksanakan cadangan tersebut.

Dalam ucapannya Muhyiddin menyeru ketiga-tiga sayap Umno mewujudkan KPI politik dengan menambah bilangan anggota baru, mendaftar pengundi baru dan membentuk jaringan dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Ketua Pergerakan Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata pergerakan itu akan menetapkan jumlah ahli baru yang perlu diperoleh pada tahun pertama dan kedua bagi memastikan KPI itu dapat dicapai.

"Penambahan jumlah keahlian parti akan turut memberikan kekuatan kepada Umno, dan pergerakan Wanita Umno yang mempunyai 1.3 juta ahli akan bingkas menyahut cabaran itu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perasmian Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno 2009 secara serentak oleh Muhyiddin, yang juga Timbalan Perdana Menteri di sini pada malam Selasa.

Mengenai jaringan dengan NGO, Shahrizat bersyukur kerana program pertama Wanita Umno dua bulan lalu iaitu jalinan rakyat, program mendekati rakyat, adalah selaras dengan saranan Muhyiddin.

Beliau menyifatkan ucapan Timbalan Presiden parti itu telah berjaya meniup semangat kepada ketiga-tiga sayap Umno untuk membawa satu perubahan positif.

Sementara itu, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya sedia menggalas KPI politik yang telah ditetapkan itu dan untuk permulaan, beliau akan menggerakkan biro keahlian Pemuda Umno selepas satu kajian dijalankan.

"Ucapan tadi saya rasa sebagai penyuntik semangat untuk kita, satu semangat yang menggalakkan kita ke arah KPI. Saya tak nak janji besar-besar. Saya cuma nak kata Tan Sri sudah meletakkan cabaran dalam bentuk penanda aras politik maka itulah yang perlu kita penuhi dengan cemerlang.

"Walaupun kita pinda perlembagaan dan membuat perubahan kepada peraturan parti, tetapi sekiranya dalam hati, pemikiran, tindakan dan matlamat kita tak bersatu, dan tak jelas dengan apa yang kita mahu kecapi dalam Umno, kita tak akan jadi relevan," katanya.

Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata, pergerakan itu akan cuba memenuhi kriteria KPI yang telah ditetapkan itu.

Bagi Ketua Pergerakan Puteri Umno, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, sebagai wakil kepada generasi muda wanita Melayu, KPI tersebut akan menjadi pendorong kepada program pergerakan itu, terutama yang melibatkan NGO serta kesatuan yang mewakili suara generasi muda.

"Saya juga telah menubuhkan satu biro yang diketuai oleh seorang exco khusus untuk membina rangkaian dengan NGO ini. Biarlah kita mempunyai rancangan untuk melaksanakan program-program dan sebagainya," katanya.

Beliau berkata setiap program mendekati masyarakat pergerakan itu akan terus dijalankan, dan bukan hanya sekadar untuk memenuhi KPI sahaja.

"Kita (Puteri) tidak mahu ia dikuasai oleh golongan atau bangsa tertentu sahaja sebaliknya kita ingin melihat rangkaian ini diperluaskan dengan semua kaum yang ada," kata beliau lagi.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan