Pemuda Umno bentuk sekritariat tetap bagi hadapi pilihan raya

Diterbitkan: Rabu, 14 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sekritariat tetap bagi menghadapi pilihan raya akan dibentuk di peringkat Pergerakan Pemuda Umno dalam usaha mendekati golongan pengundi muda terutamanya di kalangan kaum Melayu agar mendaftar sebagai pemilih.

Naib Ketuanya, Datuk Razali Ibrahim berkata usaha sedemikian perlu digerakkan bagi menarik minat golongan muda terutamanya di kalangan kaum Melayu untuk memikul tanggungjawab menjadi pemilih yang akan menentukan pemimpin masa hadapan.

"Saya akan bentuk sekritariat tetap menghadapi pilihan raya sama ada kecil mahupun umum bagi peringkat Pemuda Umno.

"Ini kerana pengundi muda Melayu paling kurang minat untuk jadi pemilih, kita perlu dekati mereka namun jangan risau kalau mereka sokong parti manapun kerana hak mereka dalam sebuah negara demokratik perlu dilunaskan.

"Orang Melayu tidak kira Umno ataupun tidak mesti menjadi pengundi kerana sikap ini jelas terpancar kepada golongan yang bukan Melayu," katanya ketika berucap pada sesi penggulungan Perhimpunan Agung Pemuda di sini hari ini.

Menurutnya usaha sedemikian sejajar dengan penetapan tiga petunjuk prestasi utama (KPI) yang perlu dilaksanakan oleh ketiga-tiga sayap Umno bagi mengembalikan parti itu sebagai wadah perjuangan orang Melayu dan rakyat seperti yang ditekankan oleh Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tiga petunjuk prestasi utama itu ialah menambah anggota baru, mendaftar pengundi baru dan membentuk jaringan dengan pertubuhan bukan kerajaan.

"Kita akan gerakkan usaha ini, marilah kita sama-sama mendekati mereka (golongan muda) sebagai salah satu KPI," katanya.

Jelasnya, usaha bagi menarik sokongan di kalangan pengundi muda perlu diberi tumpuan kerana golongan itu akan menentukan kemenangan bagi mana-mana parti.

"Undi yang kita dapat itulah yang paling penting... mereka mesti menjadi pemilih kerana itu adalah mereka dan hak itulah yang akan menentukan siapa yang akan menjadi pemimpin.

"Carilah jalan untuk mendekati kira-kira 11.8 juta anak muda yang akan menjadi pemilih pada pilihan raya umum akan datang kerana bukan kita sahaja yang nak kejar mereka, yang belah sana (pembangkang) pun nak juga... inilah jumlah yang akan menentukan kemenangan mana-mana parti," katanya.

Selain itu beliau turut menyeru kepada golongan muda agar mendaftar sebagai pemilih bagi membolehkan mereka melaksanakan tanggungjawab sebagai pemilih pada pilihan raya akan datang.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan