MCA boleh selesaikan sendiri krisis dalaman - Ong

Diterbitkan: Rabu, 14 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat berkata parti berusia 60 tahun itu berupaya menyelesaikan masalah dalamannya sendiri menerusi mekanisme parti, memberikan isyarat bahawa beliau tidak mahu "campur tangan" pihak luar bagi menyelesaikan krisis berkenaan.

Sambil menyatakan bahawa parti komponen kedua terbesar Barisan Nasional itu kini berada di persimpangan, beliau memberi jaminan bahawa beliau akan melakukan yang terbaik demi kepentingan parti.

Dalam nukilan tiga para di laman blognya, Menteri Pengangkutan yang bercuti empat hari sejak Ahad, berkata krisis yang dihadapi MCA pada masa ini adalah perkara biasa yang berlaku dalam mana-mana organisasi yang mahukan perubahan dan pembaharuan, terutamanya bagi menghapuskan amalan lapuk dan yang tidak dapat diterima.

"Kami boleh sama ada berubah atau terus berhadapan dengan ketidaktentuan. Kami perlu melihat kepada apa yang telah berlaku dan belajar daripadanya. Akhirnya, kami berharap parti akan menjadi lebih bijak dan matang," katanya.

Kelmarin, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyarankan bahawa kepimpinan tertinggi Barisan Nasional boleh campur tangan dan membantu menyelesaikan krisis parti itu.

Pada mesyuarat agung luar biasa (EGM) Sabtu lepas, 2,304 anggota perwakilan pusat meluluskan usul undi tidak percaya terhadap Ong dengan 1,155 undi.

EGM itu turut meluluskan resolusi bagi mengembalikan semula keahlian Datuk Seri Dr Chua Soi Lek tetapi menolak usul bagi mengembalikan jawatan timbalan presiden kepadanya.

Berikutan itu, Jawatankuasa Pusat (CC) parti akan bermesyuarat pada Khamis bagi membincangkan perkembangan terkini hasil EGM dan tindakan selanjutnya.

Ong berkata parti itu hendaklah terus kekal bersatu padu dan kembali kepada matlamat untuk bergerak ke hadapan dengan lebih yakin setelah segalagalanya selesai.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada para penyokong parti dan rakyat Malaysia yang terus memberikan sokongan kepadanya selepas EGM itu.

"Kata-kata sokongan dan galakan itu memberikan saya satu kelegaan. Yakinlah bahawa saya akan melaksanakan apa yang perlu dilakukan demi kepentingan parti," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan