Kamilia sokong naikkan 30 peratus wanita di peringkat pembuat keputusan

Diterbitkan: Rabu, 14 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Naib Ketua Pergerakan Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim hari ini menyokong saranan Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berhubung isu menaikkan 30 peratus wanita di peringkat pembuat keputusan.

Dalam ucapan sulungnya, Shahrizat menyatakan impiannya untuk menentukan perjuangan ke arah sekurang-kurangnya 30 peratus wanita di peringkat pembuat keputusan dalam parti Umno diberi perhatian.

Katanya, dalam bidang politik, perwakilan wanita di peringkat pembuatan keputusan di semua tahap masih lagi rendah iaitu bawah daripada 30 peratus.

"Kita telah memperjuangkan untuk membuat pindaan-pindaan yang dibuat dalam Perlembagaan Umno agar wanita diberikan penglibatan yang lebih untuk membuat dasar dalam Umno.

"Yang satunya kita lihat, akan ada satu pindaan dalam perlembagaan di mana ketua-ketua wanita cawangan secara automatik akan menjadi perwakilan peringkat bahagian.

"Ini bermakna setiap perwakilan wanita bahagian dalam pindaan perlembagaan yang akan diluluskan esok, akan mempunyai peranan di dalam Umno.

"Sekaligus juga, wanita akan memainkan peranan yang penting dalam menentukan arah tuju parti dalam pentadbiran dan dasar kerajaan," katanya ketika mengulas tentang ucapan Shahrizat.

Tambahnya, "Paling penting, kita mengharapkan bahawa wanita akan diarusperdanakan dalam semua aspek.

"Secara peribadi, Wanita Umno bukan sahaja menjadi jentera tetapi diberikan peluang untuk menjadi mereka yang sama-sama membuat keputusan dasar di peringkat Umno yang lebih besar."

Wakil Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah pula memberitahu beliau telah lama menyokong kesaksamaan gender kerana perkara ini sudah lama diperkatakan.

"Soal angka 30 peratus telah dibincangkan setiap tahun tapi dalam konteks politik, penglibatan wanita masih berada pada kira-kira 10 peratus.

"Ada banyak faktor. Selalu yang diungkap adalah ‘siling kaca’ dan saya fikir sudah sampai masanya Umno melakukan perubahan drastik dari segi merelakan wanita dalam struktur dan proses membuat keputusan.

"Saya menyokong cadangan Datuk Seri Shahrizat untuk menjadikan Umno yang lebih inklusif untuk meraikan kehadiran wanita dan orang muda," katanya.

Sementara itu, seorang lagi Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Idris Haron berkata beliau melihat wanita adalah faktor kejayaan kritikal Umno.

Katanya, Umno tidak akan mempunyai seri dan kekuatannya. Kehadiran wanita tepat pada masanya apabila kita melihat bukan sahaja di negara maju malah negara membangun pun telah mengiktiraf wanita dalam politik.

Dalam pada itu, Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan memuji ucapan Shahrizat atas usaha wanita bersungguh-sungguh agar diberi tempat dalam parti dan pentadbiran negara.

"Saya menyokong penuh mengenai 30 peratus wanita perlu ada dalam pembuat keputusan di semua peringkat sama ada peringkat parti dan kerajaan.

"Mereka bukan minta lebih, mereka hanya minta 30 peratus.

"Jadi, ia tak sepatutnya menjadi suatu masalah dan usaha yang dinyatakan oleh beliau perlu disokong oleh semua pihak," komennya.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan