Jangan tunduk pada tuntutan 'ekstrem' dari Indonesia: Puteri Umno

Diterbitkan: Rabu, 14 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Puteri Umno menggesa kerajaan agar tidak tunduk kepada "tuntutan-tuntutan ekstrem" Indonesia berhubung dengan isu pembantu rumah domestik.

Antara tuntutan-tuntutan tersebut seperti cuti sehari kepada pembantu rumah dari Indonesia dan membenarkan mereka menyimpan pasport masing-masing.

Ketuanya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata para majikan akan terdedah kepada risiko tinggi sekiranya kerajaan tunduk kepada tuntutan tersebut.

"Kontrak majikan-pembantu rumah telah pun merangkumi peruntukan untuk sehari cuti. Ia bergantung kepada budi bicara para majikan untuk menentukan hari cuti pembantu rumah. Ia bukanlah satu perjanjian yang baru.

"Kebanyaknan majikan di negara ini membenarkan para pembantu rumah mereka untuk berehat, bersosial dan keluar bersiar-siar. Dalam sesetengah masa lebih dari sehari," katanya dalam ucapannya dalam Perhimpunan Agung Pergerakan Puteri Umno di PWTC pada Rabu.

Beliau berkata majikan-majikan terpaksa berdepan dengan risiko yang lebih tinggi pembantu rumah masing-masing melarikan diri sekiranya mereka dibenarkan menyimpan pasport mereka.

Selain itu, dakwanya, sekiranya pembantu rumah dibenarkan keluar secara bersendirian, mereka akan berjumpa dengan lain-lain pembantu rumah dan mula membandingkan beban kerja dan gaji.

Malah dakwanya, mereka juga boleh terlibat dengan perhubungan romantis, berkahwin secara senyap-senyap dan mengandung anak luar nikah.

"Apabila insiden-insiden tersebut berlaku dan pembantu rumah dari luar negara melarikan diri, siapa akan berdepan dengan masalah? Kehidupan siapa yang akan menjadi tunggang-langgang dan siapa pula yang perlu membayar penalti untuk kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh pembantu rumah mereka ?" katanya.

Rosnah Abdul berkata, tekanan kerajaan Indonesia untuk membekukan pengambilan pembantu rumah domestik dan tuntutannya untuk gaji minimum sebanyak RM600 adalah "tidak wajar".

Lebih-lebih lagi, katanya, kos pengambilan pembantu rumah adalah lebih daripada RM5,000 sementara perkhidmatannya adalah kurang efisien.

"Setiap peraturan baru tidak sepatutnya dipatuhi semata-mata kerana terdapat permintaan. Kebajikan para majikan di negara ini tidak boleh diketepikan begitu sahaja," kata Rosnah Abdul.

Beliau berkata, isu pembantu rumah menggambarkan "keangkuhan sesetengah pihak di Indonesia yang menuntut secara berlebihan."

Rosnah Abdul juga menggesa agensi pembantu rumah agar lebih kreatif dan mengurangkan kebergantungan terhadap pembantu-pembantu rumah Indonesia dengan menarik minat dan melatih warga tempatan untuk memenuhi permintaan pekerjaan.

Katanya, kadar masa bekerja berasaskan jam, harian mahupun mingguan boleh diperkenalkan kepada pembantu rumah domestik agar rakyat tempatan berminat merebut peluang pekerjaan tersebut.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan