Dr Mahathir kongsi pandangan memartabatkan Melayu

Diterbitkan: Rabu, 14 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mantan perdana menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad akan mengambil bahagian dalam wacana intelek bertajuk Strategi Memartabatkan Bangsa anjuran Alumni Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya pada 19 Okt ini.

Forum itu merupakan siri pertama wacana intelek anjuran Persatuan Alumni UiTM yang baru digerakkan semula dalam usaha menggembleng tenaga dan pemikiran lepasan universiti yang kini mencecah lebih 300,000 orang, sekretariat alumni itu berkata dalam kenyataan hari ini.

Dr Mahathir yang juga Penasihat Petronas selaku tetamu kehormat dan pembicara utama akan berkongsi pemikiran dan visi mengenai tajuk forum berdasarkan pengalamannya lebih dua dekad sebagai perdana menteri dan pemikir dunia bersama dengan kirakira 150 ahli yang dijemput, katanya.

"Pemilihan Dr Mahathir sebagai pembuka tirai siri wacana intelek alumni adalah berdasarkan pandangan jauh dan tajamnya. Ia juga tanda penghargaan dan pengiktirafan seluruh anggota keluarga besar UiTM terhadap jasa dan sumbangan tidak ternilai beliau terhadap UiTM selama ini," katanya.

Sumbang saran pada forum itu diharap melahirkan beberapa syor bagaimana memantapkan hala tuju dan gerak kerja alumni, khususnya dalam usaha memanfaatkan tenaga dan sumber ratusan ribu lepasan UiTM.

Dr Mahathir, sempena majlis itu diberi penghormatan melancarkan bukubuku terbitan alumnialumni UiTM, termasuk yang ditulis Naib Canselor UiTM Tan Sri Prof Dr Ibrahim Abu Shah.

Dr Mahathir juga akan melancarkan projek Persatuan Alumni UiTM yang menyokong usaha Mansor Puteh, Alumnus 1977, mencipta rekod dunia dengan menerbitkan sebuah edisi khas terdiri daripada 60 judul buku yang siap ditulisnya dalam bahasa Melayu dan Inggeris berjudul 'The Prime Ministers of Malaysia World Record Edition'.

Ia adalah bagi memberi penghormatan kepada semua Perdana Menteri Malaysia. BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan