MCA mampu selesaikan krisis tanpa campur tangan luar : Liow

Diterbitkan: Selasa, 13 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: MCA mampu untuk menyelesaikan sendiri krisis kepimpinan dalam parti itu tanpa campur tangan manamana pihak luar, kata naib presidennya Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini.

Katanya permasalahan dalam parti itu akan diselesaikan oleh MCA secepat mungkin melalui perlembagaan parti.

"Apa yang saya lihat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak juga mahu MCA kuat dan dapat mencari jalan penyelesaian dengan cepat. Oleh itu kita berjanji untuk menyelesaikan perkara ini dengan cepat untuk membantu Barisan Nasional.

"PM menaruh sepenuh keyakinan kepada kita untuk menyelesaikan masalah ini," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Pusat Teknologi Maklumat syarikat farmaseutikal dan penjagaan kesihatan utama dunia GlaxoSmithKline (GSK) di sini.

Semasa ditanya sama ada dengan merujuk segala permasalahan parti melalui perlembagaan seolah-olah meremehkan apa yang pewakilan parti mahu pada mesyuarat agung luar biasa parti itu Sabtu lepas, Liow berkata: "Yang penting sekarang adalah mesyuarat jawatankuasa pusat akan bersidang pada Khamis ini dan apa saja kemusykilan serta permasalahan boleh diselesaikan melalui mesyuarat itu."

Pada mesyuarat agung luar biasa parti itu Sabtu lepas, perwakilan telah meluluskan usul undi tidak percaya terhadap presidennya Datuk Seri Ong Tee Keat serta meluluskan resolusi tidak mengembalikan jawatan timbalan presiden kepada Datuk Seri Dr Chua Soi Lek. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan