Kenali Umno menerusi ucapan semua presidennya - Muhyiddin

Diterbitkan: Selasa, 13 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin menyeru rakyat di negara ini agar mengambil inisiatif mengenali Umno menerusi ucapan semua presidennya.

Timbalan Perdana Menteri berkata dengan cara itu rakyat pelbagai bangsa akan dapat memahami asas perjuangan sebenar Umno dalam membangunkan negara.

"Sesungguhnya ucapan Presiden Umno amat perlu diamati dengan teliti sebagai satu sumber rujukan kepada ahli parti dan rakyat Malaysia dalam usaha memahami proses pembinaan negara yang semakin terhakis selagi mana generasi muda tidak tahu dan tidak mengambil iktibar daripada peristiwa lalu," katanya ketika melancarkan Buku Amanat Presiden Umno di sini semalam. Turut hadir pada majlis itu ialah bekas Presiden Umno Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali selain anggota keluarga bekas Presiden Umno terdahulu.

Muhyiddin berkata hanya selepas mengenali Umno barulah perasaan cinta yang mendalam terhadap parti itu akan lahir dan seterusnya timbul gerak hati untuk menabur bakti dan membalas budi dengan ikhlas.

"Bagi Umno yang meraikan ulang tahun penubuhan ke-63 tahun ini, tentulah tidak membawa apaapa makna sekiranya kita sebagai ahli parti tidak berada dalam keadaan sentiasa membina dan membaja, mendidik dan memperkukuhkan parti untuk generasi seterusnya bagi memastikan Umno terus hidup dan relevan buat selama-lamanya," katanya. Muhyiddin turut melahirkan penghargaan kepada semua bekas Presiden umno yang telah begitu banyak berjasa dalam membentuk parti untuk orang Melayu.

"Jasa dan usaha mereka membentuk parti untuk orang Melayu dan seterusnya membawa pembangunan kepada rakyat Malaysia keseluruhannya amatlah dihargai dan tidak mungkin habis dibalas," katanya.

Buku itu menghimpunkan ucapan semua enam Presiden Umno terdahulu dalam persidangan parti bermula dengan Datuk Onn Jaafar (1946-1951) diikuti Tunku Abdul Rahman Putra AlHaj (1951-1971), Tun Abdul Razak Hussein (19711976), Tun Hussein Onn (1976-1981), Dr Mahathir (1981-2003) dan Tun Abdullah Ahmad Badawi (2003-2009). BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Khamis, 12 Oktober 2017 9:54 AM

Ifa Raziah ‘Kejar’ Malique

Kolumnis

iklan

Iklan