H1N1: Ibu bapa mesti pantau tahap kesihatan anak ambil SPM

Diterbitkan: Selasa, 13 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan meminta ibu bapa atau penjaga supaya memantau tahap kesihatan anak-anak mereka yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai 19 Nov depan di seluruh negara.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata jika pelajar yang mengambil SPM menunjukkan gejala penyakit serupa influenza (ILI), mereka perlu segera mendapatkan rawatan di klinik atau hospital berhampiran.

"Selain itu, ibu bapa atau penjaga juga dikehendaki memaklumkan kepada pihak sekolah tentang kesihatan anak masing-masing supaya tindakan yang bersesuaian dapat diambil oleh pihak sekolah," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Kementerian Kesihatan turut meminta kerjasama petugas yang mengawasi peperiksaan SPM supaya mengasingkan pelajar yang mempunyai gejala ILI daripada pelajar yang sihat.

"Pelajar yang mempunyai gejala ILI dikehendaki memakai topeng muka dan hidung bagi mengelak jangkitan kepada pelajar lain," katanya.

Dr Mohd Ismail juga berkata seramai 152 pesakit baru ILI telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan manakala 146 pesakit kes itu telah dibenar keluar hospital hari ini.

Beliau berkata jumlah semasa kes ILI yang masih dirawat di seluruh negara sehingga hari ini ialah 666 orang dengan 27 pesakit merupakan kes influenza A (H1N1) yang disahkan melalui ujian makmal.

"Daripada 27 pesakit Influenza A (H1N1) yang menerima rawatan di hospital, sebanyak lapan kes atau 30 peratus sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU)," katanya.

Menurutnya jumlah kematian akibat H1N1 di negara ini masih kekal 77 orang.

Kementerian Kesihatan juga mengingatkan orang ramai bahawa penularan wabak Influenza A (H1N1) masih aktif dalam komuniti walaupun ia menunjukkan pengurangan kebelakangan ini. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Ayda Jebat Kecewa Mainan Politik

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan