Buku "Umno: Akhir Sebuah Impian" mencerminkan muka sebenar Umno

Diterbitkan: Selasa, 13 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Buku "Umno: Akhir Sebuah Impian" hasil karya bekas Menteri Penerangan Tan Sri Mohamed Rahmat mencerminkan muka sebenar Umno sejak zaman pemerintahan Perdana Menteri pertama Tunku Abdul Rahman sehinggalah ke zaman pemerintahan Perdana Menteri keempat Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata dalam buku itu, Mohamed yang berpengalaman hampir 50 tahun dalam dunia politik menceritakan pengalamannya bersama tokoh politik seangkatannya yang banyak berhadapan dengan pergolakan dan naik turun perjuangan dalam Umno sejak dahulu lagi.

"Beliau (Mohamed) juga membandingkan khidmatnya sebagai seorang bekas ahli Parlimen dengan ahli Parlimen atau Adun (Anggota Dewan Undangan Negeri) yang ada sekarang.

"Jadi daripada pengalaman beliau ini kita lihat Umno telah melalui zaman demi zaman dan sudah sampai ke tahap di mana Umno itu perlu membuat perkiraan semula ke arah yang lebih kuat," katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku tersebut bersama Mohamed di Hotel Equatorial di sini, semalam.

Rais berkata buku itu perlu dibaca dalam konteks perubahan dan anggota Umno terutama generasi muda perlu mengambil iktibar daripada beberapa peristiwa yang dilalui oleh Mohamed ketika zaman perjuangannya.

Buku itu juga, katanya mengajak pembaca berfikir sejenak tentang erti pengorbanan dan perjuangan seorang ahli politik yang sanggup berkorban untuk sesuatu yang dirasakan penting bagi menjayakan langkah membina sesuatu parti.

Rais juga berharap Perpustakaan Negara Malaysia akan membeli buku tersebut dan mengedarkannya ke perpustakaan desa seluruh negara supaya masyarakat desa juga dapat membacanya sejajar dengan kempen menggalakkan membaca di kalangan rakyat negara ini.

Sementara itu, Mohamed berkata buku itu meliputi beberapa peristiwa penting yang beliau terlibat secara langsung dalam proses perkembangan Umno serta masalah yang pernah dilalui oleh parti itu.

"Apa yang paling penting sekali yang saya utarakan dalam buku ini ialah Umno itu tidak salah, tetapi hanya orangnya yang salah. Orang kata rakyat telah membenci Umno... tidak, rakyat belum membenci Umno sepenuhnya," katanya.

Namun, katanya satu perkara yang membimbangkan ialah apabila ada di kalangan anggota parti sejak dahulu yang secara terusterusan melancarkan kempen membenci pemimpin.

"Ini merupakan satu budaya yang tak baik dalam Umno dan pada hari ini orang mengatakan bahawa mereka telah benci Umno, jangan salahkan rakyat kerana kita telah mengamalkan budaya tak baik ini hampir 40 tahun lalu," katanya.

Beliau yang juga pernah memegang jawatan Setiausaha Agung Umno dari tahun 1988 hingga 1996, berkata tiada seorangpun pemimpin Umno yang terlepas daripada terkena tempias kempen membenci itu yang bertujuan menjatuhkan mereka.

Mohamed berkata selain perjuangan dalam parti Umno, buku beliau turut menyentuh konsep 1Malaysia yang dibawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang dianggap satu idea yang cukup baik.

"Sudah lama rakyat negara ini berpecah dan menjadi perkara yang serius dan kita harapkan konsep 1Malaysia ini membolehkan rakyat kita duduk bersama. Marilah kita berfikir sebagai rakyat Malaysia, berperasaan sebagai rakyat Malaysia dan bertindak sebagai rakyat Malaysia," katanya.

Buku setebal 170 muka surat itu kini berada di pasaran pada harga RM30 senaskhah. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan