Buku 'Amanat Presiden Umno' sumber rujukan anggota Umno dan rakyat

Diterbitkan: Selasa, 13 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Koleksi buku "Amanat Presiden Umno" boleh menjadi sumber rujukan bagi anggota Umno dan rakyat Malaysia dalam memahami proses pembinaan negara dan bangsa Malaysia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib berkata tempoh 63 tahun bukanlah waktu yang lama bagi sesuatu negara, namun dalam tempoh yang singkat itu Malaysia telah berjaya mencapai banyak tanda aras kecemerlangan.

"Daripada sebuah negara yang terjajah kepada negara yang bebas merdeka, daripada sebuah negara pertanian kepada negara industri dan daripada sebuah negara yang ratarata warganya hidup di kawasan luar bandar kepada negara di mana majoriti warganya tinggal di bandar dan berada dalam kelas menengah," kata Najib menerusi kata-kata aluannya dalam buku itu.

Beliau berkata salah satu sebab utama transformasi itu berjaya direalisasikan adalah kerana Presiden Umno sejak Almarhum Tunku Abdul Rahman sehingga hari ini adalah juga Perdana Menteri.

"Dalam dwikapasiti mereka sebagai ketua parti dan ketua kerajaan, telah membolehkan aspirasi rakyat terbanyak didukung melalui perjuangan parti dan seterusnya diterjemah melalui dasar-dasar kerajaan," katanya.

Najib juga berkata tidak ada pihak yang mampu menafikan peranan Umno dalam proses perkembangan demokrasi dan pembangunan di Malaysia dan anggota parti itu hari ini amat terhutang budi kepada keenam-enam presiden tersebut.

"Diharapkan dengan menyusuri sejarah perjuangan parti melalui amanat presiden-presiden Umno ini, ahli-ahli khasnya, dan rakyat Malaysia amnya, mampu memahami susur galur dan dinamik gerakan mencapai kemerdekaan, penubuhan Malaysia, tragedi 13 Mei dan penggubalan Dasar Ekonomi Baru, serta bagaimana transformasi Malaysia daripada sebuah negara pertanian kepada negara industri boleh berlaku," katanya.

Buku Amanat Presiden Umno yang dilancarkan hari ini oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, menghimpunkan ucapan semua enam Presiden Umno terdahulu dalam persidangan parti bermula dengan Datuk Onn Jaafar (19461951) diikuti Tunku Abdul Rahman Putra AlHaj (19511971), Tun Abdul Razak Hussein (19711976), Tun Hussein Onn (19761981), Tun Dr Mahathir Mohamad (19812003) dan Tun Abdullah Ahmad Badawi (20032009).

Buku terbitan Berita Publishing Sdn Bhd itu dijual dengan harga RM200 senaskhah dan boleh didapati di kedai-kedai buku seluruh negara. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan