Zambry yakin pembangkang hadir sidang DUN Perak

Diterbitkan: Isnin, 12 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata beliau yakin Anggota Dewan Undangan Negeri Perak daripada kalangan pembangkang akan menghadiri persidangan dewan itu yang akan diadakan tidak lama lagi bagi pembentangan Bajet 2010.

Menurutnya, pakatan pembangkang sedang berusaha menjustifikasi kehadiran mereka dengan menyatakan akan hadir jika bekas Speaker V. Sivakumar yang mengeluarkan notis mesyuarat dan bukan notis daripada Speaker Datuk R. Ganesan.

Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham yang juga Adun Sitiawan semalam menyatakan Adun pembangkang akan menghadiri sidang kecuali jika notis dikeluarkan oleh Sivakumar.

Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, Zambry berkata kenyataan itu dibuat kerana pembangkang terpaksa menanggung malu kerana sebelum ini pernah mengumumkan akan memboikot sidang.

"Mereka kini hendak mencari jalan untuk justifikasi kehadiran...dulu cakap tak mahu hadir, kini hendak hadir jika Sivakumar yang keluarkan notis. (Selepas ini) mereka akan sebut kami datang kerana dipanggil oleh Sivakumar," katanya mengulas kenyataan Ngeh.

Zambry berkata notis memanggil mesyuarat itu akan dikeluarkan oleh Ganesan dalam tempoh 14 hari selepas mendapat perkenan Sultan Perak Sultan Azlan Shah.

"Kita mengadakan sidang mengikut prosedur dan peratutan dan tidak akan memanggil sewenangwernangnya," katanya.

Mengulas kemungkinan timbul kekecohan dan pembangkang dikatakan akan turut membentangkan bajet sendiri, beliau berkata kerajaan negeri sedia menghadapi sebarang tindakan pembangkang dan akan berusaha memastikan persidangan berjalan lancar mengikut peraturan.

"Soal mereka nak buat apa terpulanglah, kita tidak kisah...budaya (kecoh) berkenaan sudah dimulakan oleh pembangkang dan akibatnya kini wujud suasana seperti itu.

Bagi Barisan Nasional kita sentiasa menghormati susila dan lunas perundangan," kata Zambry.

BN dan pembangkang masingmasing mempunyai 28 wakil dalam DUN Perak tetapi BN membentuk kerajaan kerana tiga Adun bebas yang menyokongnya. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan