RMK10 tidak akan abaikan negeri ditadbir pembangkang

Diterbitkan: Isnin, 12 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Unit Perancang Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri tidak akan mengabaikan keperluan negerinegeri di bawah pentadbiran pembangkang dalam menggariskan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10) yang akan dibentangkan di Parlimen Jun depan.

Semasa memberikan jaminan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata kerajaan persekutuan akan memastikan pengagihan yang adil dalam projekprojek rakyat di semua negeri di bawah rancangan lima tahun itu.

"Kami akan pastikan rancangan itu mengandungi pengagihan projek yang adil, yang jelas, negeri lebih besar akan mendapat peruntukan lebih besar tetapi kami akan membuat pengagihan secara samarata," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan wakil kerajaan negeri Perak di unit itu hari ini.

Katanya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah banyak kali, menegaskan yang kerajaan persekutuan bersikap terbuka dalam memenuhi keperluan negeri-negeri di bawah pentadbiran pembangkang.

"Sama ada kami bersetuju dengan input mereka atau sebaliknya adalah tidak penting tetapi apa yang penting ialah untuk kami mendapatkan input daripada mereka.

"Setakat ini, saya telah berjumpa beberapa Menteri Besar dari negeri di bawah pentadbiran pembangkang dan mereka juga setakat ini, berpuas hati dengan apa yang kami beritahu kepada mereka. Mereka berasa terjamin dan kami sedang meneliti projekprojek berdaya maju di negeri berkenaan," katanya.

Menteri itu juga berkata sehingga kini, beliau telah mengadakan perjumpaan dengan wakil kerajaan negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak dan beliau berpuas hati dengan hasil dialog yang diadakan dengan mereka.

Katanya RMK10 akan mengutamakan projekprojek kepentingan rakyat yang akan dapat memberikan impak terhadap kehidupan rakyat.

"Sebagai contoh, Perak. Mereka mahu kita memberikan keutamaan kepada pelancongan dan industri berasaskan pelancongan kerana mereka berminat dalam pelancongan berasaskan alam semulajadi. Kita dapat manfaatkan infrastruktur baik yang terdapat di negeri itu untuk mencapai objektif ini.

"Kita juga perlu ingat bahawa Rancangan ini akan berasaskan kepada model baru ekonomi nasional dengan keutamaan terhadap pendapatan tinggi. Kami mengadakan perjumpaan dengan wakilwakil negeri kerana kami mahu tahu apa yang mereka inginkan bagi negeri," kata Nor Mohamed.

Beliau berkata draf Rancangan akan hanya siap pada tahun depan dan kemudiannya akan diserahkan kepada Kabinet untuk kelulusan sebelum dibentangkan di Parlimen.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan amaun keseluruhan bagi pembiayaan RMK10 dan hanya berkata "ini adalah rahsia dan hanya akan didedahkan pada pembentangan Rancangan".

Katanya tidak sepertimana Rancangan terdahulu, RMK10 yang dianggap penting untuk mencapai Wawasan 2020, hanya akan menggariskan projek-projek yang membabitkan tempoh dua tahun.

"Ini bermakna apabila kami (kerajaan) membentangkan Rancangan tahun depan, kami akan hanya mengumumkan projek bagi 2011 dan 2012. Selepas 2012, kami akan sekali lagi mengumumkan projek bagi dua tahun lagi.

"Ini akan memberikan kami ruang untuk memberikan keutamaan kepada projek-projek.

Ini juga akan menghapuskan tekanan di pihak agensi kerajaan dan kementerian untuk mengemukakan projek masing-masing bagi tempoh lima tahun. Mereka hanya perlu mengemukakan cadangan projek bagi tempoh dua tahun dan mempunyai masa untuk menilai semula kedudukan mereka selepas dua tahun," kata Nor Mohamed. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan