Pindaan perlembagaan agenda Perhimpunan Agung Umno kali ini

Diterbitkan: Isnin, 12 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Perhimpunan Agung Umno ke-60 akan bermula esok hingga 16 Oktober ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Persidangan kali ini amat istimewa kerana Mesyuarat Agung Khas (EGM) akan diadakan dalam Perhimpunan Agung tahunan parti itu.

EGM tersebut akan berlangsung selama sehari iaitu pada 15 Oktober dan ia diadakan bagi meminda perlembagaan parti itu.

Oleh kerana Umno baru sahaja mengadakan perhimpuan agungnya Mac lau, perhimpunan agung kali ini lebih pendek iaitu selama empat hari sahaja dan hanya dua usul akan dibentangkan, iaitu usul ucapan dasar Presiden dan pindaan perlembagaan parti.

Antara perkara yang akan dibentangkan mengenai pindaan perlembagaan ialah menghapuskan sistem kuota bagi pemilihan dalam parti dan menambah bilangan perwakilan yang akan diberi hak serta kuasa untuk memilih pemimpin pada masa akan datang.

Seramai 2,539 perwakilan Umno akan menghadiri perhimpunan kali ini, dan turut dijemput adalah dua bekas presiden parti iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Setakat ini sebanyak 37 agensi media yang melibatkan 876 petugas media telah mendaftar untuk membuat liputan perhimpunan itu termasuk lapan agensi media luar negara.

Perhimpunan kali ini turut memberi penekanan kepada logo 1Malaysia di mana pada beg para perwakilan ke perhimpunan itu akan tertera logo tersebut.

Berikut adalah atucara majlis sepanjang berlangsungnya perhimpunan agung Umno kali ini.

JADUAL PERHIMPUNAN AGUNG UMNO ke-60

13 OKTOBER 2009 (SELASA)

9.00 pagi - Pendaftaran perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri

Tempat - Bilik Melati, kaunter pendaftaran aras 2.

3 petang Majlis taklimat Presiden (Pre-council) oleh Bahagian Penerangan Umno.

Tempat - Dewan Merdeka, aras 4.

8 malam Majlis perasmian perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, Pemuda, Puteri Umno yang dirasmikan oleh Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

14 OKTOBER 2009 (RABU)

8.30 pagi - Perhimpunan Agung tahunan Pergerakan Wanita Umno oleh Ketua Wanita, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Tempat- Dewan Merdeka, aras 4.

8.30 pagi - Perhimpunan Agung tahunan Pergerakan Pemuda Umno oleh Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin.

Tempat - Dewan Tun Dr. Ismail, aras 2.

8.30 pagi - Perhimpuan Agung tahunan Pegerakan Puteri Umno Oleh Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Tempat - Dewan Tun Hussein Onn, aras 2.

9.00 pagi - Pendaftaran perwakilan Bahagian.

Tempat - Bilik Melati, kaunter pendaftaran aras 2.

9 malam Mesyuarat khas Majlis Tertinggi Umno.

Tempat - Menara Dato' Onn, tingkat 39.

JADUAL PERHIMPUNAN AGUNG KHAS UMNO

15 OKTOBER 2009 (KHAMIS)

9.00 pagi - Upacara menaikkan bendera Umno Oleh Presiden, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. Tempat - Plaza Merdeka, aras 4.

9.30 pagi - Majlis Perasmian Perhimpunan Agung Umno oleh Presiden, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak.

Tempat - Dewan Merdeka, aras 4.

10.30 pagi - Sesi bergambar Ahli Majlis Tertinggi, Exco Wanita, Pemua dan Puteri Umno.

Tempat - Dewan Merdeka, aras 4.

11 pagi - Perhimpunan Agung Khas (Pindaan Perlembagaan) oleh Presiden, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tempat - Taman Merdeka, aras 4.

8 malam - Jamuan Perhimpunan Agung Umno

Tempat - Dewan Tun Razak 1.

PERHIMPUNAN AGUNG HARI KEDUA

16 OKTOBER 2009 (JUMAAT)

8.00 pagi - Perhimpunan Agung Umno ke-60, (Hari ke-2)

Tempat- Dewan Merdeka, aras 4.

6.45 petang pagi - Sesi bergambar urusetia bersama dengan Presiden Umno, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tempat - Dewan Merdeka, aras 4.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan