Pasukan perubatan, SMART henti misi bantuan hari ini, pulang Selasa

Diterbitkan: Isnin, 12 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PADANG: Semua pasukan perubatan serta Pasukan Mencari dan Menyelamat Malaysia (SMART) semalam menamatkan misi bantuan kemanusiaan di Sumatera Barat khususnya di Padang dan Pariaman, yang dilanda gempa bumi pada 30 Sept lepas dan akan kembali ke tanah air Selasa ini.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata misi itu dihentikan kerana pemerintah Indonesia dan daerah Sumatera Barat mampu membantu mangsa gempa bumi di kawasan terbabit menjalani kehidupan harian seperti biasa.

"Apa yang mereka perlukan ialah bantuan kewangan berbanding tenaga kerja yang telah mencukupi dengan NGO (pertubuhan bukan kerajaan) serta pasukan perubatan Indonesia sendiri di samping bantuan daripada 26 negara yang sedang membantu mangsa-mangsa gempa bumi di sini," katanya kepada pemberita selepas meninjau kawasan-kawasan yang terjejas akibat gempa bumi itu di sini semalam.

Beliau berkata masyarakat di kawasan terjejas itu juga masih memerlukan bantuan lain terutamanya dari segi bantuan khemah kerana pada masa ini, hanya kira-kira 3,800 khemah telah diperolehi berbanding keperluannya yang mencecah 50,000 buah.

Malah, katanya kerajaan tidak menghalang mana-mana NGO untuk meneruskan usaha-usaha membantu mangsa gempa bumi Padang.

"Saya ingin menyeru kepada rakyat Malaysia yang prihatin terhadap nasib yang menimpa saudara kita di Sumatera Barat khususnya di Padang dan Pariaman supaya terus menyalurkan bantuan.

"Kempen-kempen kutipan dana yang dibuat sama ada oleh media masa, media cetak, media elektronik dan jabatan kerajaan, adalah bagi meringankan bebanan yang dihadapi oleh saudara kita di sini," katanya.

Ahmad Zahid berkata kerajaan juga akan mencari mekanisme yang sesuai untuk memastikan bantuan yang disalurkan kepada penduduk di Padang dan Pariaman sampai dengan kadar yang segera tanpa sebarang halangan yang boleh menyebabkan bantuan itu lambat sampai kepada mereka yang memerlukan.

Dalam pada itu, beliau berkata syarikat-syarikat pembinaan yang mempunyai sistem pembinaan segera melalui Sistem Binaan Industri (IBs) digalakkan membantu menyediakan peralatan unuk pembinaan semula sekolah-sekolah dan rumah-rumah ibadat yang rosak teruk akibat tragedi yang melanda negara itu.

"Saya telah dimaklumkan terdapat tidak kurang daripada 1,500 kelas yang diperlukan untuk dibina semula dan terdapat kira-kira 500 sekolah yang harus diperbaiki dan dibangunkan semula bagi membolehkan mereka meneruskan kesinambungan pembelajaran mereka di kawasan-kawasan yang terjejas.

"Saya harap pihak swasta dan NGO yang ingin membantu, boleh dikoordinasikan usahanya melalui Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan ini akan terus dibincangkan dengan keizinan melalui Gabenor Sumatera Barat dan juga wali kota di Padang ini supaya bantuan ini dapat disegerakan," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan