PAS terima kekalahan tapi salahkan sistem undi pos

Diterbitkan: Isnin, 12 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PORT DICKSON: PAS menerima kekalahannya pada Pilihan Raya Kecil DUN Bagan Pinang semalam, namun menyatakan undi pos sebagai antara faktor parti itu gagal merampas kubu kuat Barisan Nasional (BN) itu.

Naib Presiden PAS yang juga Pengarah Induk Pilihan Raya Kecil Bagan Pinang, Salahuddin Ayub, mendakwa kekalahan parti itu juga disebabkan rasa takut terhadap gangsterisme yang menyukarkan PAS mendekati 13,664 pengundi di kawasan itu.

"PAS terima keputusan ini tapi terus iltizam perjuang sistem undi pos lebih telus," katanya kepada pemberita di Markas Induk PAS di sini sejurus keputusan pilihan raya kecil itu diumum yang menyaksikan Tan Sri Isa Samad (BN) menewaskan Zulkefly Mohamad Omar (PAs) dengan majoriti 5,435 undi.

Isa, yang juga bekas menteri besar Negeri Sembilan mendapat 8,013 undi manakala Zulkefly Mohamad, yang juga Pensuruhjaya PAS negeri, mendapat 2,578 undi.

Bagi undi pos, BN mendapat 3,521 undi, manakala PAS memperoleh 601 undi daripada keseluruhan 4,604 pengundi pos yang terdiri daripada 4,571 tentera dan selebihnya anggota polis. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan