Kurang 1 peratus bangunan di Malaysia ikuti piawaian kesan beban gempa bumi

Diterbitkan: Isnin, 12 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PULAU PINANG: Kurang satu peratus bangunan di negara ini mematuhi spesifikasi piawaian kesan beban gempa bumi, kata Penyelaras Unit Kajian Bencana (UKB) Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Madya Taksiah Abdul Majid.

Penyelidik utama gempa bumi itu berkata menurut kajian pihaknya kebanyakan bangunan di Malaysia kurang mengambil kira faktor itu kerana beranggapan Malaysia tidak berisiko kepada bencana berkenaan.

"Malaysia jarang mengalami masalah gempa bumi yang dahsyat dan faktor itu menyebabkan kebanyakan spesifikasi pembinaan bangunan kurang mengambil berat aspek kesan beban gempa bumi.

"Bagaimanapun, kita tidak boleh ambil mudah kerana Kuala Lumpur hanya 300 kilometer dari kepulauan Sumatera yang selalu berlaku gempa bumi besar," katanya pada sidang akhbar di USM di sini hari ini.

Katanya antara bangunan yang disahkan mengikut piawaian kesan beban gempa bumi ialah Menara Berkembar Petronas (KLCC) di Kuala Lumpur dan Jambatan Pulau Pinang serta Komtar di Pulau Pinang.

Taksiah berkata UKB sedang menyiapkan garis panduan pembinaan bangunan untuk dikemukakan kepada kerajaan dalam usaha memastikan setiap bangunan yang dibina di negara ini mengambil kira kesan beban gempa bumi.

"Garis panduan itu sudah dibuat dan sekarang dalam proses semakan akhir sebelum dikemukakan kepada pihak yang terlibat dan langkah proaktif ke arah membendung kejadian tidak diingini perlu dilaksanakan," katanya.

Sementara itu, Pemangku Naib Canselor USM, Prof Omar Osman yang turut hadir pada sidang akhbar berkenaan berkata penubuhan UKB di universiti itu bertujuan menggabungkan kepakaran USM dalam merentasi pelbagai bidang disiplin.

Katanya UKB kini diterajui sepuluh penyelidik, akan memfokuskan kepada lima bidang penyelidikan utama termasuk simulasi tsunami dan kesannya pada komuniti, struktur bangunan selamat, penularan penyakit, tanah runtuh, dan bah besar.

"Mungkin kajian-kajian ini sudah ada di tempat lain namun bezanya dengan USM ialah ia menggabungkan disiplin kajian yang sebelum ini dijalankan secara berasingan dan tidak saling berkait antara satu sama lain.

"Dengan wujudnya UKB, kita akan dapat menyusun dan mengumpul maklumat penting yang diperolehi daripada kajian yang dibuat dengan lebih menyeluruh, tepat dan dapat dijadikan rujukan ke arah mencari jalan penyelesaian terbaik," katanya.

Menurutnya, sudah tiba masanya kajian terperinci dibuat bagi melihat sejauh mana kesediaan Malaysia menghadapi ancaman bencana alam.

Omar berkata penubuhan UKB melibatkan pakar antaranya dari Pusat Pengajian Kajihayat, Perumahan, Bangunan dan Perancangan, Kejuruteraan Bahan, Saliran dan Sumber Mineral serta Kejuruteraan Awam.

"USM mempunyai pakar dalam bidang tertentu yang telah lama menjalankan kajian dalam disiplin masingmasing dan dengan adanya UKb, mereka akan lebih mudah berinteraksi serta tampil dengan kajian yang lebih menyeluruh," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan