Kemenangan di Bagan Pinang tiup semangat baru kepada BN - Najib - Berita Semasa | mStar

Kemenangan di Bagan Pinang tiup semangat baru kepada BN - Najib

Diterbitkan: Isnin, 12 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PULAU PINANG: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kemenangan Barisan Nasional pada pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan kawasan Bagan Pinang semalam telah meniupkan semangat baru kepada anggota partiparti komponennya.

Beliau berharap kemenangan itu akan mendorong anggota parti di semua peringkat untuk berusaha mencapai kejayaan lebih besar pada masa akan datang.

Kejayaan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad mengalahkan calon Pas Zulkefly Mohamad Omar dengan majoriti 5,435 undi itu juga menunjukkan bahawa rakyat lebih yakin dan percaya kepada BN, kata Perdana Menteri kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan pemimpin BN Pulau Pinang di sini hari ini.

Najib berkata terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada kejayaan BN itu antaranya dasar kerajaan serta kekuatan bahagian dan juga calon itu sendiri.

"Nampaknya mereka (rakyat) lebih yakin dan percaya dengan BN dan ini mungkin berpunca daripada beberapa faktor yang kita dapat buat penilaian sama ada faktor dasar kerajaan dan perubahan yang dibuat di peringkat nasional, kedudukan di peringkat bahagian atau calon itu sendiri, atau kombinasi ketiga-tiga faktor tersebut," katanya.

Najib, yang juga Pengerusi BN, mahu supaya parti itu menjalankan kajian terperinci terhadap sebarang faktor kekalahan atau kemenangan parti itu pada sesebuah pilihan raya supaya ia boleh dijadikan panduan atau iktibar pada masa akan datang.

"Saya ingin supaya kita buat kajian mendalam supaya dalam kita kalah atau menang besar, kita mesti kenal pasti sebab dan faktor yang menyumbang kepada kejayaan kita atau sebaliknya dan kita jadikan peristiwa itu sebagai iktibar kepada kita.

"Kalau kita menang besar, kita mesti pertahankan kemenangan itu, dan kalau kita kalah, kita mesti menebus kekalahan itu," katanya. Beliau menolak dakwaan kononnya kemenangan calon BN itu menunjukkan bahawa BN mengiktiraf amalan rasuah di kalangan anggota parti.

Katanya beliau telahpun menjelaskan sebelum ini bahawa Mohd Isa telah menerima hukumannya dan kesalahan yang dilakukannya itu bukan kesalahan jenayah tetapi melanggar etika parti.

Kunjungan Najib ke Pulau Pinang hari ini adalah yang pertama selepas beliau menjadi Perdana Menteri.

Selain mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin BN di sini, kehadirannya di sini adalah untuk menerima darjah kebesaran Darjah Utama Pangkuan Negeri (DUPN) yang membawa gelaran Datuk Seri Utama daripada Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas. BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan