Keberkesanan dasar kerajaan resepi kejayaan BN, kata Mohamad Hasan

Diterbitkan: Isnin, 12 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PORT DICKSON: Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan menyifatkan kejayaan besar Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang semalam sebagai tanda kepercayaan rakyat terhadap kerajaan.

"Rakyat memberikan kepercayan penuh kepada pentadbiran BN di bawah pimpinan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak) yang dalam masa yang singkat telah membuat beberapa dasar yang memberi impak besar kepada rakyat," katanya.

Mohamad, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, berkata demikian kepada pemberita ketika mengulas kemenangan calon BN Tan Sri Mohd Isa Samad yang mengalahkan calon PAS Zulkefly Omar.

Jelasnya, gagasan 1Malaysia dengan slogan 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' yang diilhamkan oleh Najib walaupun dilihat tidak besar, tapi impaknya di peringkat akar umbi amat berkesan.

Katanya kejayaan itu memberi mesej kepada pembangkang bahawa rakyat sudah mula terima kebangkitan BN.

Pada pilihan raya kecil itu, BN mempertahankan kerusi tersebut apabila Mohd Isa menewaskan Zulkefly dengan majoriti 5,435 undi selepas memperolehi 8,013 undi manakala lawannya itu mendapat 2,578 undi. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan